Nurul Sayang Kamu: Anak Susah Makan

Anak Susah Makan

Ade tak mommies kat sini yang anak die susah nak makan bile umur nak masuk setahun? Angkat tangan sikit! Hehehe Lately ni Nurul perasan yang Hannan susah nak makan. Ibu mane tak risau, tengok anak die taknak makan. Semua yang kite suap dimuntahkan balik. Takut die lapar, perut masuk angin je. Huuu. Punyelah kita ni beria bersilat kat dapur masak bubur nasi, masak ikan tengiri dengan sayur (feveret Hannan ikan tengiri campur lobak & kentang), bile dah siap masak taknak makan pulok? Hessshh! (Lap peluh!) Geram je rase! Hahaha


Untuk gantikan nasi yang Hannan taknak makan tu, Nurul just bagi Hannan roti sapu butter/coklat dengan biskut susu je. Nasib baik dia makan. Lumrah kot budak-budak suka makan yang manis-manis. Next week baru nak masuk setahun, nak bagi yang manis-manis je macam tak baguslah pulak kan. Nanti gigi rongak hitam-hitam tak comel kang! Mihmihmih!


So, cepat-cepat google solution acane nak bagi Hannan suka makan. Hasil pencarian dari google, ramai suggest untuk tukar menu. Maybe Hannan dah bosan kot makan bubur dengan ikan. Jadi mak-mak ni memang kene kreatif! Lagi-lagi bab masak (Lap peluh lagi!). Huhu





Marilah kita start dengan finger food dulu. Sebab gigi dah banyak, bolehlah nak start bagi yang keras sikit macam biskut or cereal. Kalau bagi biskut kat Hannan selalunye sampai lembik dia hisap biskut tu. Hihi. Comot takyah cakaplah kann? Penuh biskut kat baju daripada kat mulut. Mulut ke baju yang makan ni? Emm.


Buah & sayur pun dah boleh bagi, potong panjang-panjang bagi die pegang masuk mulut. Setakat ni buah yang dah pernah bagi pisang, tembikai, betik & orange! Hehehe. Sayur pulak lobak, kentang, brokoli dengan labu. Lain-lain tak pernah cuba lagi. Maybe lepas ni kene try lain pulak. :)




Contoh finger food yang complete dari google.







Ataupun beli je organic finger food ni kalau nak bagi time keluar shopping ke bolehlah beli yang instant ni. Hehehe. Better lah kan daripada anak kita gigit jari ke, gigit baju sampai basah-basah. Ade jual dekat Manjaku or kalau online boleh tengok dkt babydash. :)




"Ni laaa roti feveret saye kawan-kawan!
 Lembut, gebu bercoklat! Nyummeh!" - Hannan


Kalau mommies ade tips lain bolehlah share dengan kite. Maklumlah kite anak baru sorang. Banyak lagi yang tak tahu kene berguru mak-mak yang dah tahap sifu! Hehehe


Thank you for reading this entry! Salam sayang! Bye!


0 ORANG KRITIK: