Assalamualaikum. Salam pagi Isnin! Pheeewwww! Penatnye rase harini! Rase malas nak buat apa-apa harini nak tidur jeee sepanjang hari tapi duit masuk boleh dok? Anak datuk pun kene kerje, inikan aku? Hohoho. Monday blues lah tuh kononnyee. Hihi.
Rase penat sangat sebab tenaga kerja dah habes ditumpahkan dekat kerja-kerja di hujung minggu. hoho. Hebat tak hebat tak? Tak rehat langsung kerja jee yang kite tahu. Haha. Bagus sangat le tew! ;p
Sabtu ahad nurul pergi residence hotel uniten, jadi urusetia untuk masterchef yang tak habis-habis lagi berdebat. Phewwww! Penat dah nak layan diorang. Stress mak oii! Tapi fikir cari duit punye fasal, stress tuh tolak tepi masuk gaung. Eh, tapi kan nak bagitahu, kumpul duit untuk kahwin best gila! Ade rasa manis semacam! Serius! Sebab nampaklah kat situ pengorbanan korang yang maha jitu lagi murni untuk sehidup semati dengan pasangan. Hihi. Cakap pasal murni, semalam namaku bertukar menjadi cikgu murni. Hoho. Comel tak? Gara-gara nak memurnikan perkataan-perkataan english supaya lebih releven untuk diguna pakai, nurul sebagai recorder telah diberi nama MURNI. ;)
Takpela, murni pun boleh! ;p
Yang bestnye nurul sempat tengok wayang semalam cerita 8 jam! Nanti sambung lagi! Bos dah masuk pulaakkkk! :( Sekian!