Tuesday, November 18, 2014

Di sebalik nama Hannan Annisa'

Mase mengandung dulu, banyak jugak listkan nama-nama yang best nak bagi kat baby. Nurul tak gemar letak nama panjang-panjang sampai 3-4 patah perkataan. Kesian anak kita nanti dah besar stress bila nak isi borang kene tulis nama panjang-panjang. Heeww ;p 

Nama Hannan memang first dalam fikiran. Bile sebut Hannan, dia takkan ubah maksud nama tu jadi maksud lain. Contoh kalau nama yang ade huruf "z" bile kite panggil org yang ade name huruf "z", akan jadi huruf "J" sekaligus merubah maksud nama tu. Contoh nama Fauzan, maksudnya kejayaan. Bila orang panggil "Pojan! Pojan!" Ataupun Fauzi jadi "Poji! Poji!". Aloorrhh, maksud nama tu dah lari. Tapi depends kat parentslah nak bagi nama ape, anak diorang, yang kau busy body kenapa nurul oii? Hehehe

So, berbalik semula kpd cerita pemilihan nama Hannan. Asalnya nak bubuh nama Hannan Thuraya. Maksudnya Bintang Kesayangan. Nekad sehidup semati dengan husband nak jugak letak nama Hannan Thuraya. Hihi. Tapi biaselah, bile refer dekat orang yang lebih tua, diorang suruh tukar Thuraya tu jadi Annisa'. So, jadilah nama dalam surat beranak Hannan Annisa' maksudnya wanita kesayangan.

Tapi bagus jugak, sebab Annisa' tu sempena nama surah Annisa' dalam Al-Quran. Benda baik kita follow jela kan? So next baby nak letak nama ape pulak ye? 

Eh?

Tunggu Hannan cukup menyusu dua tahun baru kita fikir pasal second baby.

Kalau boleh nak baby boy pulak. Hihi

Ok bye! 

Wednesday, November 5, 2014

Idea tema birthday party Hannan

Assalamualaikum, Hai!

Lagi 4 bulan Cik Hannan kita nak masuk satu tahun umur die. Harap-harap, rambut dan gigi Hannan dah tumbuhlah time tu. Haha.  Macam biaselah, mak mak mane tak eksaited anak dah nak setahun jagung. Mulelah fikir nak buat birthday party untuk anak yang tak faham "bu, ape tu birthday party?" Kekeke. Tapi, orang kata first birthday je yang mak mak eksaited! Next next next next birthday? Tengoklah nanti cemane. ;p 


14 March tahun depan, jatuh pada hari Sabtu. Cantik dah tu harinye! Maybe lebih kepada doa selamat & nak buat tahlil perdana. Alang-alang kite selit sekali birthday celebration Hannan. So, setelah digoogle, ade few themes yg listed as fav theme. Kita nak simple-simple je. Decoration sikit-sikit je, as long as nampak sweet-sweet. Cume lebihkan dekat food. (Yes, food!) Orang kate tulah masenye nak share rezeki anak dgn orang lain. Hewhew


1. Butterfly in Garden Theme

Nurul ade terbace satu artikel ni tapi tak ingat dah link die ape, artikel tu tulis kalau baby yang belum faham tentang environment, ajar die sikit-sikit. Contoh, kalau weekend tu, sekali sekala bawak baby pergi taman ke or pergi zoo then biasakan baby tu pegang ciptaan Allah macam pokok ke, bunga ke daun, pegang air, batu, pasir. Kalau ade haiwan yang tak bahaya macam butterfly yang bile kita sentuh die terbang tu lagi bagus!  

Oh yes, butterfly! So, nurul pun macam kengkonon jatuh hatilah dgn butterfly ni, terus nak buat jadi tema birthday Hannan instead of cartoon theme, I think butterfly in garden theme is better! Sebab mak Hannan ni bukan peminat cartoon, bukan. Mase kecik dulu tengok sailormoon tak sampai lima minit dah tukar cite sinetron. Wakaka

 Candy buffet ni 100% dah menepati cita rasa. Simple & sweet. Food berlonggok atas meja! Itu yang kita nak! Cupcakes, Cakes, Cupcakes, Cakes, Cupcakes!


 
Cupcakes! Cakes!



 
Cupcakes everywhere! Haha. Muntah cupcakeslah bebudak nanti!








 Ballons yang ade butterfly tu serius cantik! Mane nak cari?



2. Pastel candyland Theme

Second theme ni mesti budak-budak suka sebab banyak gula-gula. Kire macam sweets heaven gitu. Boleh kene kencing manis & gigi rongak nih. Mihmihmih

 Dapat bayangkan alas meja ni comot dengan krim kek bila habis majlis. Jenuh pakcik katering nak sental kasi hilang krim. kekeke ;p


 Ini sangat cool! Kretip kretip! Satu biji gula-gula boleh kongsi 20 orang. Memang jimat duit aku. AHAHA




3. Picnic Theme

Theme yang ketiga ni sangat rare! Simple pastu santai je theme die. Picnic theme! Macam best jugak! Untuk orang yang suka something simple & rare plus unique boleh try! Banyak unsur alam juge. Ade daun, serangga, bunga. Bagus untuk kanak-kanak! Hee :)
 
 

Unsur alam yang dimaksudkan. Semut yang boleh dimakan. Bunga yang boleh dicium. Jangan realitinye nanti anak jumpe semut atas jalan nak dimakan udah ler. Hehe ;p
 

So far, tiga theme ni kita berkenan sangat. Tapi tak decide lagi mana satu. Memang takkan sebijik jadi macam dlm gambar. Ade sikit-sikit jadilah. Nak simple-simple je senanye. Nanti Hannan dah besar atleast adelah benda nak tunjuk kat die. Lagi satu, tru event mcm nilah kita boleh share rezeki dgn org lain. Jamu orang makan. Meraikan tetamu. InsyaAllah boleh tambah saham akhirat sikit-sikit. :) Dan orang yang datang pun InsyaAllah boleh doakan kesejahteraan tuan rumah. Amin.

Hope entry ni membantu jugak untuk mommies out there yg tgh pening pikir nk buat theme ape untuk anak korang. Semoga bermanfaat! 

Bye! Wassalam

Friday, October 17, 2014

Resipi : Homemade Burger Bakar

Hi, harini macam rajin sikit nak share resipi kat blog. Ni haritu lah, pengaruh food network haritu. Time tu food network share resipi sandwich kobis bunga. Tengok mcm senang je diorang buat. Nampak sedap pastu bahan simple. Tak boleh jadi ni mesti kene cube jugak. 

Tapi, kalau ikut tekak sendiri, memang tak bolehlaa kalau takde daging or ayam dalam sandwich. Biaselah, kite bukan vegetarian. Tak boleh makan sayur sokmo deh. Jadinya, kite derhaka sikit dekat resipi kite. Kite tukar ikut sedap tekak yg nak makan. Here we go.....!




Bahan-bahan (untuk Patty)
Daging cincang
1 biji  Bawang Besar-Potong Dadu
2 ulas Bawang Puti-Cincang Halus
1 Biji Telur
Serbuk lada hitam kasar
Mixed spice & Garam & Gula secukup rasa


Cara-cara
- Masukkan bawang besar, bawang putih & daging cincang dalam bekas.
- Masukkan telur yang dah dikacau terlebih dulu.
- Tabur lada hitam kasar tu ikut selera kepedasan anda! Nak pedas letak lebih.
- Masukkan mixed spice, garam dan gula secukup rasa
- Gaul kasi sebati, ambik segenggam pastu kepal-kepal & buat bentuk patty 
- Pastu bakar gune pemanggang ajaib, senang! 
- Bakar sampai masak, jangan rentung pulak. Kikiki 


Bahan sampingan lain mcm roti burger, cheese, salad, mayonis, tomato, sos cili, fries, salami dan sebagainya ikut selera masing-masinglah ye? Macam nurul, tak beli roti burger, gune roti sandwich yang honey wholemeal tu. Lain sikit. Takdelah abg burn cakap kite tiru dieeee. Ahhaha!





Tadaaaa! Hasilnyaaa! Husband cakap sedap! Boleh buat lagi. Hihi Okay, abg burn boleh tutup kedai. Biar akak burn bukak kedai pulak. :p

Selamat mencube!
Bye!

Monday, October 13, 2014

Cerita Hannan

Assalamualaikum. Diam tak diam dah bulan Oktober dah. Dah nak hujung tahun. Paling tak sedar, dah berbulan-bulan takde story kat blog ni. Mintak maaflah. 6 bulan yang sangat sibuk. Yela, dah masuk kelab mak-mak ni. Mane nak cukup tangan ngadap belog 24 jam macam dulu-dulu. Nak pegang anak, nak masak, nak sidai kain, nak tukar pampers anak, mandikan anak, tidurkan anak. Fuh! Rasakan! Kekeke ;p Tu belum masuk part ayah kepada si anak. Eh? 

Serius rasa kagum dengan diri sendiri sebab kuadddd semangat nak buat semua tu. Akulah isteri, akulah mak, akulah supermommy wahaha! giteeww kau! Sekarang Hannan dah besar, dah masuk 7 bulan. Dah boleh buat kawan. Dah boleh merangkak, dah boleh duduk, main sendiri, boleh cerita-cerita. Kalau dulu asyik tidooo je. Sibuk kita suruh die bangun main dengan kita. Sekarang lain pulak. Sibuk suruh anak tidur, asyik main je taknak tido. Kita yang ngantuk tersengguk-sengguk. Padan muka kita! 


 Hannan masa umur 4 bulan
Bila keluar pergi mana-mana, semua orang cakap Hannan ni baby boy. Kita stress taw! Reben dah pakai atas kepala, baju dress kaler pink bunga-bunga. Stokin pink lagi. Haih! Celah mane boy nye tell me pelisssss??? Aku tahu ade mak-mak kat luar sane yg rase same situation mcm aku kan kan? Terasa nak pakaikan anak name tag. Kikiki


Atau mungkin pakai tudung? Hmm hmm




 
Yang atas tu gambar raya Hannan. Baju Raya Hannan paling banyak, 6 pasang. Pheww! Melaram habis kau nak. Ibu dengan ayah sepasang dua je. Tapi takpe, sebab Hannan kan first time beraya, kita kasi chance laaa. Tahun depan beli kebaya nyonya pulak, jubah calaqisya, peplum, kurung moden lagi apaaa lagi nah senaraikan! Tu belum kasut dia, headband dia. Nasib baik belum pandai mintak handbag. Ahahaaa



 Aktiviti sekarang :

Buat sepah itu mesti. Kita kemas die punggah. Kita punggah dia punggah jugak. Mulelah ibu nyanyi lagu frozen, let it go..... let it go.....




Disebabkan Hannan dah merangkak sekarang ni, ibu & ayah adelah orang paling penat di dunia! Sekejap je hilang! pergi dapurlah, main depan toiletlah, masuk biliklah. Main suis, main wayar. Fuuuhhhh! Mencabar keimanan! Yang bagusnye sebab tu semua learning process die. Bagus jugak sebab bagi ibu ayah buang lemak kejap kejap lari cari anak hilang. Kihkihkih. 

Paling tak tahan bila waktu malam terjaga tengok Hannan takde kat sebelah. "Mana anak akuuu????" Tengok-tengok tengah main dengan gembira di suatu sudut rumah. Wah wah, kemain lagiiiii..






Cukup sampai sini dulu kot. Nanti kalau ade mase kita cerita benda lain pulak. :) Tengah plan untuk buat birthday party Hannan next year! Tak sabarrrrrr! :)

Sekian, wassalam.


Wednesday, April 30, 2014

Pengalaman bersalin

Mengikut kiraan Puan Doktor, 14 March 2014 due date bersalin aku. A week before deliver tu, mak dtg stay kat bangi yelaaa kot-kot terbersalin awal ke so mak ade bolehlah tolong. Lagipun time tu husband dah seminggu sakit kepala kesan cabut gigi. Perasaan time tu campur-campur. Nevesss adee, happy adee, excited adee. Macam-macam. Yang penting tak sabar sangat nak jumpa baby!!! 


13 March 2014

Malam tu sembang2 dengan mak, share pasal bersalin, pasal tanda2 nak bersalin. Aku dah risau sebab due date esok tapi aku still takde tande nak bersalin. Sakit-sakit pun takde. Macam happy je bawak perut ke sana ke sini. Rasa macam ade berbulan-bulan lagi due date. Padahal esok! Hehe


14 March 2014

Pukul 1 pagi aku rase sakit perut macam nak poopoo. Hoho. Pergi toilet, bertapaa lamaa jugak kt toilet tapi tak poopoo jugak. Keluar toilet then sambung tdo balik. Selang 10 minit sakit perut lagi. Sakit mcm senggugut tu. Dalam hati dah rase yeaaahhh nak bersalin dah ni. Kejut husband bangun cakap sakit perut. Husband ajak g hospital tapi aku cakap taknak. Haha. Aku confident cakap sakit perut nak eyark! Cirit birit! Pastu aku pun sambung tdo balik. Tiba-tiba sakit tu datang balik. Puas dah aku pusing kiri pusing kanan nak lelapkan mata tapi tak boleh jugak. Husband cakap jomlah kejutkan mak, kita pegi hospital. Aku cakap takpelaa kite tunggu lepas subuh. 


Makin lama sakit tu makin kerap. Aku tengok jam dah pukul 5 pagi. Jiwa kental jugak aku ni tahan sakit sampai 4 jam. Pukul 5 pagi tuh macam dah tak tahan sangat2. Aku pasrah, kejutkan mak, cakap kat mak sakit perut nak bersalin dah ni. Rupenye mak tak boleh tido sebab perut mak meragam, tak sedap katenyee. Mak pun rase tanda2 nak bersalin jugak rupenye!!! Hebatlah mak kiteee! Kite geng! Gimme five! Ahaaa ;p 


Pukul 5.30 pagi : Tengah sakit-sakit tu sempat lagi mandi dengan gembiranya! Hehe. Dah siap mandi semua, ambil barang pastu gerak ke Hospital Pakar Annur. 5 minit dah sampai! Sampai-sampai je husband pergi register, aku pulak nurse terus letak kat labour room. Gaya aku sakit macam bukaan dah 10cm. Hehehe. Bila cek baru 1 cm. Ade lagi 9cm nak tunggu.. Fuhhh! Memang mencabar keimanan betul. Nurse offer nak epidural tak? Aku ckp taknak! Eksyen kemainn kauu! ;P


Husband kat sebelah bacakan Yassin. Tolong urut pinggang sikit. Mulut aku tak berhenti zikir, sebut Allah Allah Allah…, sakitnya Ya Allah… tak tahu nak cakap! Lepas cek bukaan nurse masukkan ubat untuk poopoo. Dalam bape saat terus aku berlari-lari ke toilet. Chewah, berlari sangat padahal toilet sebelah katil je. Kat dalam toilet aku cakap sorang-sorang “ kejap lagi kita jumpa yea baby! Keluar dengan cepat mudah selamat!” pastu senyum depan cermin dalam toilet. Hoho. Teknik motivasi diri paling berkesan tuu! Kekekeke 


Pukul 8 pagi, nurse datang hantarkan sarapan. Hot chocolate dengan roti planta dua keping. Tengah-tengah contraction tu memang tak lalulaaa nak makan. Aku minum je, alas perut takut-takut nanti takde tenaga nak meneran. Setengah jam pastu, Doktor pulak datang cek bukaan. Baru 3 cm. Huuuuuu, lame lagi nak tunggu 10cm. Aku menahan contraction sampai bergegar-gegar katil time tu. Memang sakit! Sakit sangat-sangat. Sakit macam senggugut darab 20 juta kali sama dengan sakit bersalin. Tapi bila difikir-fikir balik, takpelaaa ni semua penghapus dosa. 


Bila bukaan 4cm aku mengalah, dengan muka innocent aku cakap kat nurse, “nurse saye nak epidural!” Tulaaa, tadi eksyen kemainn.. Haha. Time tu husband takde, mak pulak ganti jaga aku kat sebelah. Aku dah janji kat husband taknak ambil epidural! Jimat! Sebab ape aku kate jimat? Sebab epidural dekat private hospital cost die RM700-RM1000. Boleh dapat handbag coach sebijik! Hoho. Aku suruh mak call husband cakapkan yang aku nak epidural. Bila husband dengar suara aku mengerang kesakitan, dia cakap ok! Dia kata tak sanggup dengar aku kesakitan! Buatlah apepun asalkan selamat dua-dua. Heee. Terharu pulak kiteee! ;) 


Lepas nurse inject epidural, time tu dah pukul 12 tengahari. Husband tengah lunch kalau tak silap. Pastu siap-siap nak pergi solat Jumaat. Yang bestnya beberapa minit lepas cucuk epidural, bukaan terus 9 cm! Yeehuuuu!! Nak bersalin dah! Tak rase sakit dah time tu. Sebab epidural kot. Bestnyaaaa! Nak jumpa baby! Doktor pun dah ready nak sambut baby keluar! Cukup 10 cm, masa tu memang dah tak tahan nak meneran, husband tiada di sisiku.. Uhuuuhuu.. Sedih pulak.. Bila Doktor cakap push, aku pun dengan sekuat hatinyaaa pusssshh!!! Doktor jerit “Your baby is coming out!!! Good job!!” 


Ade 4 orang nurse kanan kiri cakap “Tarik nafas…pusshhh!” “Tarik nafas...pussshh!” Meriah pulak aku rase kat labour room time tu. Wakaka! Bila kepala baby dah keluar, rase legaaaaa! Aku pushhh lagi sekali terus meluncur laju baby keluar! Fuhhhh! Alhamdulillah, tepat 1.45pm lahirlah puteri sulungku Hannan Annisa’ Binti Muhamad Syafiq. Jauh kat sudut hati, rase sedih pulak sebab husband tak dapat teman dalam labour room sebab die tengah solat Jumaat. Masa nurse letak baby dekat atas perut, aku mampu cakap Ya Allah, anak ibu…Sambil menangis teresak-esak. Ececehh..Doktor suruh cek tuutt baby, girl ke boy? Aku pun cek tuutt baby, baby girl!!! Alhamdulillah. Masa lahir tu aku tengok baby aku ni gendut semacam, issshh macam 3.7-3.8kg je ni..sekali timbang 3.4kg. Berat jugak baby ni. Patutlah perut besar sgt mase ngandung. Hoho.



Gambar Hannan mase umur die 3 hari. Kuat menyusu die ni. Ish3. ;p




Hannan umur 20 hari. Pipi die tuuu macam pauuuu goreng! Nyumssss! 




Yang ni mase Hannan 30 hari. Dah pandai celik mata. 
Kalau tak asyik tidur je anak ibu ni.




Hannan main dengan ayah. Sehari tak dengar suara ayahnye, mulalah merengek-rengek. Hurmm. Anak ayah betul Hannan nih! ;p


 
Hannan umur 41 hari. Dah pandai posing depan camera! Die mcm phm je bile kita nak snap gmbr die. Macam-macam gaya die buat! 


Baru faham sekarang macamane rasenye ade anak. Hati mak-mak ni automatik jadi macam fragile, sensitif je kalau melibatkan anak. Lagi berape hari je lagi nak masuk keje. Rase macam sedih pulak nak tinggalkan hannan pergi keje. 

Tsskk. ;(

Ok, bye.
 

Wednesday, February 19, 2014

Al-kisahnya...

Kisahnya begini. Kalau ade yang perasan (ke takde yang perasan? hehe), dulu aku macam aktif sangat buat online business, join event sane sini, bukak booth di merata daerah (cheh! daerahlah sangatkan?). Macam-macam benda aku jual. Baju, tudung, al-quran pelangi, pillowish, pin tudung, cakes, cookies, doorgift & macam-macamlah.
 
Seronok? Memang seronok sebab semua tu benda yang aku minat. Ade orang cakap aku gigih buat macam-macam benda. Tak penat ke? Okaylah. Aku nak bagitahu yang aku sebenarnya tak gigih mane pun. Aku penat taw tak buat semua tu. Tapi satu benda yang aku belajar, aku percaya rezeki tu Allah yang bagi, bukan manusia. Kalau aku duduk goyang kaki semata, takde benda yang berubah. Dalam Al-Quran pun ade sebutkan?
 

إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah suatu kaum sampai mereka mengubah diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'du:11)
 
 
Aku puas hati sebab semuanya aku mula sikit-sikit, dengan modal yang sikit, usaha yang mula-mula pun sikit hehe, lama-lama aku jatuh cinta dengan semua ni. Cuma lately ni aku macam slow down sikit. Bukan takde semangat ke ape, tapi hehe sebab hormon ibu mengandung kott. Aku jadi macam malas sikit. Isk isk isk. Dengan kerja dekat ofis lagi (aku sekarang kerja dekat company construction, semua benda nak cepat, semua benda nak perfect, semua kerja nak WOW! Tapi aku suka tempat kerja aku yang sekarang! Hehehe), jadinya boleh dikatakan banyak juge halangan untuk aku bergiat aktif dalam dunia business. Hoho
 
 
Eh, tapikan!
 
 
Sekarang dah ade mood balik dah!
 
 
Tengok, siap buat clearance sale lagi! Yang belum like, bolehlah ke page NSK Couture! Kita baru update untuk clearance sale dengan design baru! :)
 
 

 
Clearance Sale!! (Click Here)
 
*****
 
Kat bawah ni pulak antara design baru yang ade dekat page! Semuanyaaa sweetsssss, special untuk anda! :) Boleh pm laju-laju sebab very limited pieces. Sapa cepat dia dapat!
 
 



 
Bawal Exclusive (Click Here)
 
 
Kos sara hidup sekarang dah tinggi. Sana sini barang naik. Sana sini orang mengeluh. Tapi bila fikir-fikir balik, apa guna mengeluh. Takde sapa nak tolong pun kalau asyik mengeluh. Kalau satu keluhan tu jumlahnya satu ribu ringgit, tak mustahil untuk tidak mengeluh. Hehe. Logik kan?
 
Lagi satu, jangan hirau sangat apa orang nak kata, orang kutuk-kutuk ke, pandang rendah ke, pandang pelik ke, biar je! Hello! Mereka yang mengata dan mengutuk tu tak menyumbang satu sen pun ke dalam akaun maybank kita. ;p Ignore je. Yakin rezeki tu Allah bagi. Yang penting usaha. Doa. Amalkan bace Surah Al-Waqiah, niat dalam hati Allah akan bagi rezeki, jangan risau! :)
 
Eh eh, rasa macam penceramah motivasi pulak dah. Heee.
 
Cukup dulu sampai sini. Sapa-sapa ada info atau cerita yang boleh memberikan inspirasi bolehlah share! Atleast bermanfaat. :)
 
Sekian. Gudnite!