Nurul Sayang Kamu: PSSSTT...INI RAHSIA RUMAHTANGGA SAYA..

PSSSTT...INI RAHSIA RUMAHTANGGA SAYA..

Firman Allah yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Walaupun saya belum berkahwin lagi..tapi saya mahu share jugak ape yang saya baca dan saya tahu..Secara mudahnya, bolehlah dikatakan lelaki nie makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa..setuju?? Perasaan wanita sangat mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling.. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir..dengar nie bapak-bapak kat luar tuh..

Macam yang semua orang tahu..wanita nie memang dibekalkan dengan 9 nafsu dan 1 akal berbanding dengan lelaki hanya 1 nafsu dan 9 akal..Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya..ok cukup..banyak betul nafsu nie eyh?

Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa 9/10 daripada diri wanita itu ialah perasaan dan 1/10 je pertimbangan akal..ish3x.Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin.[[wanita pendek akal?? akal saya tak pendek..makin mengembang adela..lalalalallaa..~]]

okla..sekian sahaja tazkirah saya pada hari ini..ngeh3x~ saya senget dan sewel sikit lepas exam paper marketing tadi yang ntah ape-ape jawapan ntah saya tulis..huhu

2 ORANG KRITIK:

Unknown said...

as long its truth n g0od..i aggrd wth diz statmnt...kte hnye mmpu mrncang,kntuan di tngn illahi...-_-

N U R U L said...

thanx..=)