Nurul Sayang Kamu: Kuih Raya 2012

Kuih Raya 2012

Assalamualaikum & Hai! Semua orang masih bekerjakah atau sudah bercutikah? Murid sekolah sudah bercutikan harini? Wuwuwuu, tak acii kenapa diorang dah cuti. Pagi tadi before nak pergi kerja, adik nurul yang bongsu tak pernah-pernah bangun awal, tiba-tiba sahaja die bangun awal. "Kak, kite cuti harini...!!!" "So? Kakak nak kerja sebab kalau kerja dapat duit banyak! Lagi best. Kau dapat duit? Tak kan? HAHAHA. *evil laugh dengan maha kuatnya!" 

Entry blog tajuk kuih raya, kemain cerita pasal benda lain. Puiihh! Sorry kesayangan semua, tahun ni tak sempat nak open order untuk cookies sebab  walaupun nurul tak open order, tapi order list dah beratur berjela-jela dah. Acaner? Maka dengan itu, emak adalah orang yang paling gagah perkasa mengadun telur, butter dan gula di bulan puasa yang mulia ini. Alhamdulillah. Kesian mak! Issskk! 

Tapi takpelah, rezeki namanya tuu. First plan haritu nak pasang kanopi kat luar rumah untuk letak cookies semua. Tapi tak jadi pulak sebab cookies semua habis di booking orang. Kalau nak pasang kanopi jugak, memang jual kanopi jela jawabnye. Produk takdeee. Sobss!



Chocolate Rings! :) Sekarang femes cookies nih. Merata orang carik. Ala-ala big apple gitew!




Chocolate Crunchies with almond. Dah habes sebalang dah dimakan adik-adik. Cane nak jual? Jual adik boleh? Laku tak? Hohoho




Cornflakes madu! Kuih raya yang digilai budak-budak dan emak budak. Kat rumah semua orang mesti ada kuih ni kan? Ke tak? Incik tunang makan banyak jugak semalam. Hihi Sedap eh?




Smiley Cookies with blueberry filling. Nyumm! Time bakar cookies Ya Allah bau harum bluebrry die tak tahan rasa nak buka puasa time tu jugak! Isskk!




Kalau datang rumah nurul memang ada cookies yang hitam legam ni. Hikhik. Buah kana with strawberry jam. Favourite emak. :)

So, how's your raya preparation my dear friends? Biskut raya buat ke tunjuk-tunjuk jew? Baju raya? Duit raya? Hee. ;p Oh, malam tadi terawih, ade simple tazkirah dari pak imam masjid. Dia cakap " Jangan terlalu suka sambut Aidilfitri. Sepatutnye kite semua berduka dan bersedih sebab Ramadhan nak tinggalkan kita dah. Bulan yang penuh barakah tinggal 2 hari je lagi.." Terkedu sekejap & terus insaf. Terawih dah lubang berapa hari sebab tertidur kepenatan lepas balik kerja. Jalan jam sampai dekat 2 jam. Sedihlah cani! Oh my lovely prime minister, please do something! :)

Okelah, di kesempatan ini, nurul nak minta maaf zahir & batin andai nurul banyak sangat pot pet pot pet sampai tersembur air liur ke terguris tulung rusuk korang waaahhh dasat! Maaf okay? Jangan main mercun! Bunga api boleh! hiks! Untuk yang balik kampung, takmau drift okay, slow-slow je drive. Tapi jangan slow sangat 20 km/jam hewhew. Nanti kene langgar pulak dengan orang belakang. Hohoho ;p

Salam sayang! Tunggu update raya pulak okay! Bubye! Wassalam.