Nurul Sayang Kamu: The Chronology of Our Wedding

The Chronology of Our Wedding


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. ;)


Alhamdulillah, ku tadahkan tangan, memanjatkan syukur kepadaMu Ya Allah atas jodoh yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Semoga perkahwinan yang kami bina ini menjadi wadah buat kami untuk lebih dekat denganMu, supaya kami suami isteri lebih mensyukuri nikmat kurniaanMu dan ianya menjadi penghapus dosa-dosa kami lantas  menjadi tali pembuka pintu rezeki serta tempat untuk kami berkasih sayang keranaMu. Amin Ya Allah.



24 Mei 2013 (Jumaat)


Khemah telah siap terpasang di halaman rumah. Saudara mara pulak dah ramai yang datang. Dekat Banting ni majority memang orang Jawa, so kalau ade kenduri kendara, memang rewang beramai-ramai. Dari potong bawang sampailah lauk terhidang, semuanya dibuat oleh sedare-mare. Dalam kesibukan dan kemeriahan membuat persiapan kenduri, terdetik di hati “ Ya Allah, Ini majlis aku. Aku yang akan berkahwin. Bukan orang lain. Alhamdulillah, Engkau permudahkan jalanku. Terima kasih Ya Allah! Esok aku nak nikah dah. Macam manelah rasenye orang nak nikah tu ye? Neves ke takut? Macam best je!”


Harini aku menerima kedatangan beberapa orang sahabatku, Wani, Mun dan Nia. Walaupun susah nak cari rumah aku, maklumlah kat pedalaman. Hehe. Atlast, diorang sampai jugak. Terharu. Tenkiuu korang! ;)

Malam tu serius susah nak tidur. Weeee.. ;p Syafiq sempat lagi mesej amalan sunat selepas nikah. 1. Sujud Syukur 2. Solat Sunat 3. Doa sambil pegang ubun-ubun isteri 4. Salam tangan sambil ucap Syahadah. Dia cakap nak buat esok. Tak sempat nak reply, dah terlelap. 




25 Mei 2013 (Sabtu)


Neves. Hari yang yang ditunggu telah tiba. Harini aku bakal bergelar isteri. Isteri buat seorang lelaki yang amat aku cintai. Ihiks. ;p Selamat tinggal dunia singleku! Ecewah! Gittew! Hihi Tunggu mak andam sampai pun jadi tak senang duduk. Uhuu. 


Pukul 2.30 petang, lepas solat zohor aku bersiap-siap untuk ke masjid. Waktu tu jantung makin laju. Bibir tak putus-putus mengucap Syahadah dan selawat. Hanya kalimah itu yang boleh buat aku tenang. Sampai di perkarangan masjid, dari jauh aku lihat kelibat Syafiq, hensemnya dia! Hehe Rasa nak jerit dekat Syafiq “Are you ready?” Tapi mana mungkin aku nak buat camtu. Hanya mampu berdoa semoga Syafiq lancar lafazkan akad nanti. 


Boleh kita mulakan? Tanya pendaftar nikah.



Ayah: Bismillahirrahmanirrahim. Muhamad Syafiq Bin Shohaimi.


Syafiq: Saya! 


Ayah: Aku nikahkan dan aku kahwinkan akan dikau dengan anakku Nurhidayah Binti Mat Saleh dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tiga ratus tunai.


Syafiq: Aku terima nikah Nurhidayah Binti Mat Saleh dengan mas kahwinnya sepuluh ribu tiga ratus ringgit tunai.



Saksi dan pendaftar nikah senyap dan berfikir. Ayah salah sebut mas kahwin. Patutnya ringgit tu kat hujung. Sebelum tunai. Dalam hati aku berkata, “alaaaa ayah ni kenapa salah pulak. Hohoho.” Pendaftar nikah suruh akad lagi sekali.

Kali kedua lancar. Alhamdulillah! Airmataku gugur tak semena-mena. Jantung yang tadi laju berdegup kencang kini lega. Badanku terasa menggigil. Tangan terketar-ketar macam kena parkinson. Nak baca doa pun nampak bebeno gigilnye. Heee. Malu! Syukur Ya Allah! Aku sah bergelar isteri. Hihi Yeaayy, dah selamat! Bestnya bestnyaaa! Hehe. Amboi, kemain lagi kau! Dalam kegembiraan dan kesyahduan itu, aku sempat terfikir “lepas ni boleh buat pahala banyak-banyak dah. Anyonyonyoo.“





“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”   

 (HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)





Next part batalkan air sembahyang. Time ni malu-malu. Haha. Kelakar pun ade jugak. Kitorang takde adegan cium dahi tu. Nasib baik! Just buat mcm yang Syafiq nak, cium tangan sambil syahadah then doa sambil pegang ubun-ubun isteri. Yeah, dia buat macam yang dia nak. Alhamdulillah. 


The Husband



Cium tangan sambil syahadah. Sebak time ni. Tsskk. Tssk.



Letak tangan dekat ubun-ubun isteri sambil berdoa.


Part paling sedih bile salam mak ayah. Time salam mak, mak cakap “mak halalkan air susu mak. Mak lepaskan kamu dekat Syafiq.” Bile salam ayah lagilaahhh meleleh-leleh air mata ni. “Terima kasih ayah untuk 24 tahun ni…” Pastu tak boleh nak cakap dah. Peluk ayah je lama-lama. Tssk. Tssk.



Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Malam tu lepas solat Maghrib, Syafiq tegur “Awak dah solat sunat lepas nikah belum?”. Aku jawab “Belum lagi. Hehe. Lupa!”. “Jom kita solat?”. Alhamdulillah, solat sunat tu solat sunat pertama berimamkan suami. Dan harini dah genap sebulan tiga hari aku bergelar isteri. Terima kasih Ya Allah. Tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata nikmat yang Allah kurniakan ni. Terima kasih buat semua yang banyak membantu melancarkan majlis kami. InsyaAllah, will update more in the next entry! ;)



Salam sayang. Wassalam.

3 ORANG KRITIK:

Cik Siti Hajar said...

Tahniah...rupanya kita sebaya..

:)

Rina Ellisa said...

tahniah..

sebak pulak baca yg part "mak halalkan air susu mak.... sobssobssss :(

mizzbutterfly said...

ouhh myyy deaarrr luvlly friend... I'm crying while I read this entry..ya ALLAH...rasa bahagia tu masuk dlm hati..moga nurul n apit bahagia sampai syurga :) doakan wany cepat ikut jejak nurul pula yek :)