Nurul Sayang Kamu: KISAH SHAKLEE SAYA

KISAH SHAKLEE SAYA


Bila tengok wajah anak-anak kesayangan waktu diorang tidur rasa sayu sangat. Apa yang kerap kali bermain di fikiran aku "macam manalah agaknya anak-anak ni kalau tanpa ibunya". Hannan kalau terjaga dari tidur mesti tanya "Ibuu. Ibu maneee? Nak susu.." Hafiy pulak yang baru setahun tiga bulan, masih tak faham apa, pasti menangis nak ibu. Mesti ibu, ibu dan ibu.



Aku dapat bayangkan bagaimana sukar buat si ayah untuk menguruskan kedua-duanya. Allahu. Sedih rasanya. Teringat pula kejadian beberapa bulan yang lepas. Waktu tu dalam pukul 8 pagi di rumah mak mertua di Muar.

Aku sedang berbaring sambil menyusukan Hafiy. Lantas kami ketiduran. Tak sedar berapa lama kami tidur. Tiba-tiba aku rasa kaki aku sejuk. Teramat sejuk. Makin lama rasa sejuk tu naik sampai ke kepala. Bila aku pegang dahi aku "panasnyee!". Tapi aku tak rasa panas. Malah kesejukan.
Tak lama kemudian aku menggigil. Menggigil kuat macam orang kena parkinson. Jantung aku pulak sangat laju berdegup. Macam nak pitam. Macam nak mati pun ye.

"Ya Allah, kenapa ni Ya Allah. Allah. Allah." Sambil menangis.

Aku panggil suami, mintak dia hantarkan ke hospital. Suami pun bergegas ke hospital. Terus aku ditempatkan di zon merah (zon kritikal). Doktor pasang wayar penuh satu badan. Berselirat. Masa tu satu dalam fikiran aku. MATI.



Sedih sangat. Tak fikir apa dah. Ingat Allah. Ingat anak-anak je. Risau anak-anak lapar. Sebab dua-dua direct bf. Kalau aku sakit, mesti diorang tak menyusu.

9 Jam di wad kecemasan, doktor masih tak tahu punca aku jadi macamtu.

"Degupan jantung awak tak normal ni. Bahaya. Awak tak boleh balik. Kena masuk wad untuk doktor pakar pantau." Kata doktor.

Aku berkeras nak balik. Aku fikir anak-anak aku nanti malam-malam nak menyusu macam mana. Mesti diorang tak boleh tidur malam. Mesti diorang menangis cari aku. Aku tak sanggup. Aku rela sakit dari tengok anak aku menangis lapar.

"Ok. Kalau taknak masuk wad, awak sain borang lah. Jadi apa-apa kami tak tanggung." Kata doktor.
Aku setuju. Aku sain borang tersebut & aku balik. Lega!

Dan sampai ke harini aku masih tak tahu aku kenapa. Aku rasa aku sihat je. Takde sakit ape-ape pun.
Lama-lama aku tersedar satu perkara. Selama aku hidup 27 tahun ni, ada satu perkara aku tak buat. Sebab aku rasa aku cukup sihat even aku tak buat benda tu. Yela, aku jaga makan. Sayur makan, protein makan pendek kata semua cukuplah memang tak pilih makanan.

Tapi aku silap.

Badan aku sebenarnya tak cukup zat. Zat dari makanan yang aku makan setiap hari memang tak cukup. Rutin harian aku sebagai fulltime housewife mengatakan "Badan kau sakit. Kau kurang zat makanan ni".

Kadang-kadang kita sebagai ibu ni rasa kita cukup kuat, cukup sihat mental & fizikal nak uruskan semuanya. Walhal, tidak. Kita ego. Kita kata kita kuat, dalam hati menangis keletihan. Tapi hebatnya kita sebagai ibu, kita tak pernah tunjuk kita penat.

Aku sedar yang aku "sakit". Badan aku cepat lesu, kulit kusam, tulang tak cukup kalsium asyik berbunyi je bila dukung anak-anak. Lagi-lagi, menyusukan dua orang anak ni buatkan aku cepat lapar. Boleh dikatakan setiap masa aku lapar. Perut aku cepat pedih bila lambat makan.

Aku suakan pada suami hasrat aku untuk ambil apa-apa supplement bagi "penyakit" aku. Suami banyak kali dah suruh beli cuma aku yang tak pasti nak makan supplement apa.

Hinggalah pada satu hari, aku ternampak sahabat aku update tentang ESP. Yes, ESP SHAKLEE. Semua khasiat & kebaikan yang ada dalam ESP memang aku perlukan. Tapi aku ni jenis tak mudah terpengaruh. Aku study dulu sebelum beli. Betul ke ESP ni bagus?

Ini antara kebaikan ESP yang diwar-warkan oleh sahabat aku. Dapat membantu menguatkan rahim, sebagai milk booster, untuk kulit cantik, memberikan lebih tenaga, mengurangkan rasa lapar & dapat mengawal selera makan.

Bila aku yakin 100% tentang keberkesanan ESP, tanpa berlengah lagi aku terus daftar menjadi ahli. Sekarang aku sedang usahakan untuk consume ESP secara konsisten. Aku nak sihat demi anak-anak aku. Moga-moga dengan asbab ESP SHAKLEE, semua "sakit" aku sembuh. InsyaAllah biiznillah.

Kerana aku yakin "THE GREATEST WEALTH IS HEALTH".

Thank you ESP! Engkaulah cinta pertamaku. 💕💕💕

Yang benar,
Ibu Hannan & Hafiy

#phenomenalpearlstask
#secondtask
#mogaadarezeki

0 ORANG KRITIK: