Nurul Sayang Kamu: PETUA BERSALIN TANPA GUNTING

PETUA BERSALIN TANPA GUNTING




Pengalaman bersalin Hannan & Hafiy alhamdulillah mudah dan lancar sekali dengan izin Allah. Tapi ada sesuatu di sebaliknya yang mungkin ramai tak tahu.

Apekah itu?

Hebatnya kuasa Allah bagi rezeki kat Nurul bersalin tanpa gunting untuk kedua-dua anak. Sedikit pun tak. Ni doktor sendiri yang bagitahu Nurul lepas bersalin. Alhamdulillah. Sepanjang pregnant memang tak ambil apa-apa supplement. Lain orang lain pengalamannya. Jangan kecam ye. Hehe

Antara yang Nurul amalkan :

✔ Makanan sunnah. Makan banyak kurma, kismis, madu & air zamzam and buat stok siap-siap letak kat office.
✔ Minum banyak susu. Takde spesifik susu brand apa-apa tapi Nurul banyak ambil fresh milk.
✔ Bangun seawal 5 pagi, buat kerja rumah, masak bekal nak pergi office. Jangan bermalas-malasan waktu mengandung okay? Bila mak aktif, anak dalam perut pun ikut sama aktif.
✔ Amalkan minum Minyak Kelapa Dara start 5 bulan pregnant. Ajaibnya bila consume, hb tak pernah low. Waktu deliver mmg contraction tak lama even 7cm dah bukaan tak sakit sangat. Boleh lemparkan senyuman paling manis untuk suami. Hihi
✔ Bila dah dekat nak deliver banyakkan berjalan. Dulu duduk rumah tingkat 3. So, setiap hari turun naik tangga. Petang-petang pergi Tasik Cempaka Bangi, ambil angin petang, berjalan banyak. Kalau solat, sujud lama sikit. Bagus untuk pernafasan & kuatkan otot kaki.
✔ Banyakkan bersama suami bila dah dekat nak due. Ni kira natural induce okay. Takleh cerita lelebih kat sini. Hihi.
✔ Banyakkan cakap dekat baby dalam perut, sambil usap perut sambil cakap "baby behave ye, bagi ibu bersalin normal. Baby baik kan? Keluar on time ye jangan keluar awal sangat." Alhamdulillah, Hannan lahir on time tepat ikut due date dia. Hafiy je overdue. Hehe
✔ Dah habis ikhtiar, mintak doa kat Allah. Cakap kat Allah "Ya Allah, tolong aku Ya Allah, aku nak sangat bersalin normal. Jangan kau sulitkan urusan aku Wahai Allah. Bagi aku peluang gembirakan suami & mak ayah aku dengan kelahiran anak aku ini Ya Allah." Sambil doa sambil yakin Allah pasti izinkan. 100% tawakal.

Sampai waktu bersalin alhamdulillah. Prosesnya lancar. Baby keluar pun meluncur laju. Sebab ape doktor tak gunting? Asbab amalkan Minyak Kelapa Dara D'aura, bukaan laluan naturally mengembang & jadi licin. Baby laju je berenang keluar bagai tak sabar melihat dunia.

Kesimpulannya, di samping amalkan VCO D'aura, pemakanan kena jaga. Jangan makan sembarangan. Kalau teringin sangat pun nak makan jangan berlebih-lebihan sampai memudaratkan ibu & baby. Ingat, takde istilah "aku makan untuk dua orang". Yang perlu diambil kira adalah kualiti makanan (penambahan lebih nutrisi dalam makanan untuk bayi), bukan kuantiti. OK?

Perangai waktu mengandung please jaga leklok. Buat yang baik-baik saje. Cakap yang elok-elok. Emosi kurang-kurangkan.

Sekian.
Ikhlas ;
Nurul
Your Health & Beauty Consultant


#sayajualvcodaura #sayajualshaklee

1 ORANG KRITIK: