Nurul Sayang Kamu: Tak berupdate, atlast berupdate jugeee!

Tak berupdate, atlast berupdate jugeee!

Tuk tuk tuk. Assalamualaikum semua. Rindu tak? Rindu tak? Cakaplah rindu! Hiks! Ade sape-sape tanye tak kenapa belog ni senyap. Sunyi. Sepi. Tiada Khabar berita. Oke, nantikan berita selanjutnya di Buletin Utama jam 8 malam ini. Oke! Tak Cayee? Tengok ah berita malam ni. Tak caye sudah.

Sebelum karangan UPSR bermula sekejap lagi, nurul nak wish Happy Belated Aidilfitri dekat semua kawan-kawan, sanak saudara, ex boyfren, ex girlfren (eh? Ade ke?), tak lupe jugak dekat future husband, bakal pak mentua dengan mak mentua (sebut eh lagi skali!) sory! Tahun ni tak sempat nurul nak record video wish raya macam tahun-tahun sudah. Taknaklah buat, nanti orang cakap nurul syok sendiri. Takmo-takmo-takmo. Nurul nak mintak maaflah dekat semuanya kalau nurul ade mengguris hati anda-anda hingga terganggu emosi anda-anda semua. Nurul tahu ade yang jiwa kacau sebab nurul. Kan kan kan? ;p

Nurul dengan rendah hati mohon maaf zahir batin dekat korang semua dan nurul dengan rendah hati lagi sekali sudi memaafkan semua orang yang dah buat salah dekat nurul. Satuuu! Malaysia! (Eh! Ape kes?) hoho ;) semangat terlebih!

Okelah, lately ni banyak benda nurul sedang buat sampaikan terlupe nak update belog. (Alasan! Padahal broadband dah takde. Adik dah bawak balik campus! Wengg!)

Mari kite keluarkan isi-isi penting sebelum memulakan karangan. ;)

1. Cerita Sime Darby

Seperti yang sedia maklum, Nurul bonded dengan Sime Darby for five years. Alkisahnya, haritu dah jumpa dah Tuan Haji Zafril (Eh, ke Tuan Haji Fazril namenye.) CEO Sime Darby, hantar resume dengan isi form keje. Alhamdulillah, approved! Pastu pastu pastu beliau berkira-kira pulak nak letak nurul ni dekat Sime Darby branch Subang. Mak aih jauh benau dari kampung halaman! The reason is jawatan yang nurul apply takde dekat branch die. Die offer Admin Exec dekat Subang. Dah kene pikir nak cari rumah sewa pulak. Huhu. Atlast, nurul KIV dulu. Lagipun, nurul tak ariflah jalan dekat subang tuh. ;( kang ade budak masuk ofis pukul 5 petanglah jawabnye. Hiks! ;p


2. Family Busines

Second thing yang nurul dok sibuk-sibukkan diri sekarang ni ialah menggodek-godek my family business. Nak taknak kenelah jugak menyumbang bakti untuk majukan family sendiri. Ape gune belajar business ngantuk-ngantuk dalam lecture hall UKM tuh kalau tak mempraktikkan ilmu yang dah ade. Ye dop? (Eh, terbagitahu satu Malaysia pulak yang kite ni mengantuk dalam kuliah! Oh, them!) Family business ni sebenarnya dah lama dah. Since 2002. Macam biaselah, tak pernah lari dari kebiasaan, focusing on food industry! Tengah buat website senanye. Tapi tak reti sangat. Pakai blogspot jelah. Tapi kene tunggu sikit mase lagi.


Ting ting ting! Banner! Banner! Banner!;)

Jangan main-main, business ni berdaftar dengan SSM okeh!

(SSM: Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Kenape Zaiton? Sebab name big boss nye Zaitonlah, lagi mau tanye! Takkan nak letak name Rozita Che Wan pulak. Panjang bebenau! Huuuu ;p Antara produk yang kite supply antaranya bahulu, kuih ros, keledek jingga, kuih sepit etc. Cookies dengan cakes pun adeee. ;) Kalau dah siap websitenye nanti nurul letak dekat sidebar belog nie. Silelah alert! ;) Doakan kami terus sukseeesss! Hoyeh! Ameeen.


3. Renovation


(Cantek tak nurul lukis?)

Oke, the next thing yang nurul buat adelah belajar menjadi arkitek! Yang ni lain kali nurul story!

Still in progress. Heee ;)


4. Drebar kepada adik-adik bujang a.k.a afiq dan fahmi

Dapat job baru. Setiap pagi pukul 6.50am dah start enjin, hantar adik bujang terantangtang si afiq tuh pergi sekolah. Haish, makin demand. Suruh naik bas pergi sekolah taknak. Tengahari pukul 1.20pm pergi amek si kecik fahmi pulak balik sekolah. Rase macam tak ikhlas je tapi seronok jugak. Haha. Teringat zaman sekolah dulu-dulu. Pastu, pukul 5.30pm keluar lagi amek si afiq balik sekolah. 6.30pm amek si fahmi pulak balik dari kafa. Oke, begitulah cerita seorang kakak yang sangat penyabar telah dimanipulasi oleh adik-adik bujangnya. Sekian.


5. Next next next plan!<3



Fuuuhhh! Rase nak jerit I’M A BUSY WOMAN RITE NOW!!! Hahahaha ;p ni belum jadi surirumahtakbertangga. Kalau dah jadi nanti tak tahulah den nak kabo kan mcmane.

Cukuplah 5 isi penting bagi karangan bertajuk “alasan mengapa belog nsk tidak berupdate?”. Dapat ‘A’ lah nih! Hihi ;) memanglah dapat ‘A’ sebab sendiri karang sendiri tanda. Heeeee ;) Last sekali, sebelum berpisah, nurul nak wish selamat bergraduat kepada semua final year students UKM! Hope semuanya tamat belajar dengan Happy Ending! Itulah hadiah kita nak bagi buat ibu ayah, hopefully diorang bangga dengan kejayaan kita semua. Insyaallah. Semoga semua dapat kerja bagus-bagus. Gaji besar. Kereta besar. Bini besar. Laki besar. Semua yang besar-besar! ;)

Ade masa free nanti nurul akan update lagi, Insyaallah. Salam sayang!;) Wassalam.


0 ORANG KRITIK: