Arahan: Sila buat karangan pendek dengan merujuk kepada gambar di atas. Tidak lebih lima puluh patah perkataan. Kalau lebih, pandai-pandai kau lah nak potong kat mane-mane. *Kejam betul arahan! hoh!*
Jawapan: Emak saya pakai baju kuning. Pastu emak saya takde gigi. Eh, kaki pun emak saya takde. Emak saya ni hantu ke orang? Tapi saya pulak takde tangan. Rambut saya botak di depan, panjang di belakang. Momok ke hape saya ni? Emak saya kaki panjang, tangan pendek. Saya pulak pendek je tak panjang-panjang. Dah lebih lima puluh perkataan ke belum yea? Oh, dah nak sampai lima puluh. Takpe, sambung lagi sikit. Dekat bawah kaki saya dan emak ade satu garisan. Warna hitam, halus je. Emak saya ade toncet atas kepala. Tapi ciput je. Hahaha. Oh, dekat sebelah saya ade tulisan. Tulisan dalam bahasa inggeris. Maksudnye Emak, emak, di sekolah semua orang cakap saya huduh! Emak pulak menjawab ingat! kejujuran tu yang penting. Eh, tibe-tibe saya nampak seluar dalam emak warna putih! Omaigoddd!!
Nota: Lain disuruh lain dibuat. Sebelum exam, baca arahan betul-betul. Heee, ;) Saje nak dedicate entry nih untuk adik-adik junior yang dah habes final exam. Semoga dapat result bagusss! ;) Rindu nak exam. Oke, serius taknak jumpe exam lagi. Hihihi
Salam sayang, wassalam.