Nurul Sayang Kamu: Bukan taknak bagi tapi..

Bukan taknak bagi tapi..

Sedang aku enak menjamah prosperity burger bersama Mc  Fizz, tibe-tibe aku didatangi seorang wanita tua berbangsa cina. Lihat dari rambutnya yang beruban, aku dapat mengagak wanita itu berumur dalam lingkungan 60an. Lalu die menghulurkan tangan seolah-olah mahu meminta sesuatu. Ya, die nak duit! Mungkin die tidak pandai bercakap bahasa melayu, jadinyeee die cume buat muka sedih minta simpati sambil buat-buat menangis. Aku memang jenis tak sampai hati, yelah hati wanita mane boleh tengok perkara yang menyedihkan. Nak tak nak bagi jugaklah duit. Kalau bf die memang tak sokong. Atas sebab berikut:


Pernah tak korang-korang mengalami situasi seperti itu? Selalu kalau korang makan dekat fast food ke, dekat foodcourt ataupun berhenti dekat R&R, mesti akan ade yang datang mintak sedekah kan? Yang mintak sedekah tu macam-macam jenis orang. Yang tua ade, kanak-kanak ade, yang bisu, buta, yang sihat pun ade. Kadang-kadang simpati dengan diorang, tapi tapi pernah tak korang terfikir, mereka tuh takkan tak terbela. Most of them datang dari rumah kebajikan, rumah anak yatim, persatuan itu, persatuan ini.


Timbulnye isu di mana "kate dari rumah kebajikan, kenapa nak kene mintak sedekah? bukan ke kerajaan dah sediakan peruntukan untuk rumah-rumah kebajikan ni? Ladies and gentlemans, Bukan ke rumah kebajikan tuh dibina untuk membela mereka-mereka yang tidak terbela nasibnye? Mane perginye duit-duit yang disumbangkan untuk kegunaan mereka? Sedihlah tengok diorang merayau-rayau macam tuh!


Tadi pun baru keluar berita "orang ramai dinasihatkan agar tidak menyokong golongan pengemis ini dengan memberikan mereka sedekah. Malah, orang ramai disarankan agar terus ke rumah-rumah kebajikan untuk menyalurkan sumbangan. Buletin Utama TV3"




Ya Allah.. mak dengan ayah sape ni. kesian sangat!
(janganlah anak aku nanti buang aku camni. Iskk3!)

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tapi, nak memberi tu kene tengok-tengok juge. Huhu :) Semoga Allah letakkan mereka ini sentiasa dalam pengawasan-Nya. Amin.


Just a thought.