Nurul Sayang Kamu: Diari Sabtu & Ahad

Diari Sabtu & Ahad

Pheewww! Akhirnye berjaya jugak menembusi gawang talian! Hohoho Gawang talian tu ape? Olooo, kata seerti bagi berjaya online! Kih3! Amboi, tak bagi salam terus nak phewww pheww hembus hembus! Terkejut tak? Haha. Assalamualaikum semua! Tak jawab dosa, jawab sayang! Hihi Last entry hari khamis last week, maknanya 4 hari sudah tak update belog. Wuwuwu. Rajen die nak kire. :)


Sabtu lepas hari yang agak kelam kabut. 200 pcs doorgift dengan cupcakes sudah ditempah, nak kene siapkan. Dengan sendiri punya hal lagi. Dengan wedding list yang beratur nak kene attend. Memang diri sendiri tak terurus dah. Mandi pun jamak. Makan pun jamak. Solat? Mengadelah kalau nak jamak! Hiks! Kalaulah diriku boleh dibelah tiga macam boboiboi, siap ade kuasa lagi, alangkah riang gembiranya daku! :) 



Disebabkan doorgift berupa chocolate, so tak boleh nak buat awal-awal, takut die cair pulak kang tak pasal-pasal nak kene buat kerja double triple tak mahu! Kalau penat nanti terus nangis, sape nak pujuk? Iskk!



Cupcakes! Nyummy! Time buat cupcakes ni mulut asyik cakap "Cepatlah siap, cepatlah siap." Bile dah siap " Eh, dah siap ke? Nak stroberryy nak stroberry!" Yela, bile dah siap, takde dah stroberry lebih nak ngappp ke dalam mulut! Hihi! Btw, yang ini cupcakes vanilla & chocolate chip! Topping tu butter cream buat sendiri taw! :) Nak kasi anggun sikit, bubuhlah stroberry!



Dah siap doorgift semua terus pergi rumah fieka, wedding kakaknye! Muka memang penat pucat sembab tak cukup rehat. Pakai baju coklat lagilah pucat!Wuwuuuwuwwuu. Takpelah, asal ade yang sayang. Haha

Sampai rumah dah malam dekat pukul berapa ntah lupa pulak. Penat. Mandi solat terus terlangkup kroohh krooh kroohh. Set alarm pukul 12.00 am kononyeeelah nak bangun buat chocolate cupcakes untuk si bijak Durrah. Memang tak lah nak bangun. Pukul 5pagi jugak mata ni celik terkebil-kebil. Siap mimpi cupcakes waktu tidur. Lihatlah betapa otakku ligat berfikir benda apa nak buat esoknye.

Dah masuk cerita hari ahad ni kawan-kawan.


Chocolate Comot Cupcakes untuk Durrah & family! (Durrah ni sape? Oh, lupa nak bagitahu, kalau takde angin lintang aral melintang, Durrah ni jadilah my adik ipar! Hihi)

Pukul 5 pagi ku hidupkan  mixer untuk mengadun butter+gula+telur dan seterusnya. Bunyi mixer weeenggg weeengggg yang maha kuat tidak ku hiraukan. Semua orang dalam rumah tak terjaga pun. Hurmm. Jiran sebelah mesti bengang jee wakaka! Tak pedulik! Nak buat jugak cupcakes! nilah, bile mood nak baking dah kunjung tibaaa, tak kira pagi buta ke hape ke melekatlah dekat oven, dekat mixer. Hohoho. Bukan kite masuk dapur jiran sebelah pakai mixer die weeenggg weenggg wenggg pun kan? Heee ;p

Gerak dari rumah pukul 6.50 pagi then terus jumpa Syafiq dekat Banting, breakfast kat McD dulu, pekena coffee pahit kasi ceik mata! Pastu terus ke Puncak Alam. Gerak 3 kereta. Syafiq & Nurul dari Banting, 2 kereta dari Muar (mak ayah si bijak Durrah) dengan Melaka (kakak & abang belum official).


On the way nak pergi naik kolej kediaman!


Bile camera di tangan hadif! Macam-macam hasil gambar yang diperolehi! Banyak sangat gambar besar-besar! Haha. Nak letak semua nanti terkejut-terkejut pulak! Hiks!

Dekat puncak alam sampai pukul 2 lebih kurang, then terus gerak pergi wedding Farikha & Razi! Makan nasi minyak! Yeeeaaayy yeeeaaayy! Tema purple&pink, perrrghhhh terikut tema pulak baju daku!



Cek sampul duit dah isi ke belum. :)



Congratsss Farikha & Razi! Before balik tu sempat doakan diorang ni dapat twin! Hihihi

Lepas pergi wedding, sempat singgah Restoren Sayang Manis! Yeeeeyyy yeeeaayyy! Makan lagi! Syafiq belanjeeee!! :)


Chicken Crepe! Sedaaapp!



Menu wajib bile datang Sayang Manis! Warm Chocolate Cakes! tergolek sudah cake tuh!Hihi

Sebenarnye banyak lagi gambar nak tempel dekat belog ni, tapi tak sempat! Nak tunggu loading tuh punyelah lame sempat buat cupcakes rasenye!! Hihi ;)

Okelah! Salam sayang semua! Wassalam!