Nurul Sayang Kamu: Ke-busy-an

Ke-busy-an

Assalamualaikum gigigirl & boboboy! Hoho! Dah hampir seminggu tak mencoreng kat sini! Tsskk! Sibuk kalah perdana menteri. Eceeeh! Weekend pun dah takde story best-best nak share kat sini. Gara-gara mencari duit lebih untuk kahwin, sabtu ahad pun kene kerje. Hihi. Semangat tak semangat tak? Bagus ape ade semangat kerja macam kitew! Haha. Puji diri sendiri itu sangat tidak bagus. Sekian.

Sebenarnye sabtu ahad nurul jadi urusetia dekat residence hotel uniten, daripada takde buat ape kat rumah, daripada dating wat perabih duitkan, so the best thing ever yang boleh difikirkan is cari duit. Diorang bayar satu hari satu ratus. Okay lah kan? :) Kerja simple je, masuk meeting room pukul 8.30 sampai 6 petang, dengar jela master chef (ade dalam 10 orang) pung pang pung pang kat dalam tuh, then taip ape yang di pung pang pung pang kan. Haaa, senangkan? Tapi stress! HAHA. nak tunggu diorang habes gaduh tuh yang lama, boleh tumbuh janggut kat dagu ni haa. Hiks! Yang bestnyee, time makan jelaaa! Dah name pun hotel, makan haruslah sedap-sedap. :)



Abang Aaron Aziz tempah pillowish kat nurul! Terbaiklah! HAHA. (Jgn percaya)


Minggu ni kene siapkan semua order pillowish since nurul dah nak tutup order next week! Yeeeaaayy! Dapat duit lagi! Nampak tak semangat berkobar-kobar mengumpul duit disitu? Hihi. Dapatlah dua tiga ratus, boleh buat tambah-tambah ape yang patut. ;)

Isnin next week dah start kerje kat tempat baru, environment baru, officemate baru, gaji baru, alhamdulillah. Semoga semuanya dipermudahkan. Kalau rezeki murah, boleh angkut toyota vios sebijik! Hihi. Dah menggila nak pakai vios! Haha. Amin Amin Amin! Ikut perancangan, tahun ni adalah tahun untuk saving gila-gila, dan tahun depan adalah tahun untuk shopping berdua. Eh? Bertiga? Eh eh eh? Maka dengan itu, saya mengisytiharkan tiada sebarang pembaziran akan dilakukan setiap hujung minggu. Eecceeeeceeehh! Boleh ke boleh ke? Tengok handbag cantik-cantik pun dah tak tahan godaan! Mesti kene boleh jugak!

Sabtu ni nak ke seremban, kawan nak tunang. Kalau sempat nak ke muar, singgah rumah bakal pak mentua & mak mentua. Hihi. Ingat nak buat kek batiklah , segan datang tangan kosong je. Atleast, bolehlah bagi diorang rasa air tangan bakal menantu. Kekekeke! Kalau sedap, senanglah hati diorang nanti. Hihi ;p Yela, lepas kawen anak diorang confirm terjamin dari segi pemakanan. Haha. Apekah ini?

Okelah, macam dah lari tajuk je. Nak stop kat sini dulu. Harini nurul puasa. Puasa ganti. Dah kene marah dengan syafiq sebab dah hujung-hujung baru nak ganti. Oloooo, sorry yea? Ganti seminggu direct! Hehe ;) Seminggu ni rindu-rinduanlah, incik tunang outstation dekat Penang! Issskkk! Baru nak pau die ole-ole, tapi die cakap nak bagi robot soccer je. Uwaaaa! Tak boleh dimakan robot tuh! Grrr! Suka menyakat! ;( Takpela. Redha! HAHA.

Salam sayang! Wassalam! ;)