Ya ya ya, harini nurul mahu selongkar, membongkar, mengorek (erk?) rahsia bagaimana wang satu ribu ringgit boleh hilang sekelip mata dalam masa kurang sejam. Nak tahu? JAKEL ade jawapannya. Hiks! Okay okay, bukan JAKEL yang curik duit nurul. Tapi nurul yang ikhlas nak bagi kat diorang. Err. Ikhlas ke?
Buat bakal-bakal pengantin di luar sana, sebelum membeli kain untuk dibuat baju kahwin, moleklah kiranya anda buat sedikit research terlebih dahulu. Research tentang harga, jenis, kualiti dan kalau boleh buat sedikit comparison antara satu kedai dengan kedai yang lain. Ini penting supaya anda dan bakal suami atau bakal mak mertua (jika dibawa bersama) tidak terkejut lalu jatuh pengsan secara berjemaah. Hahaha.
Dan yang paling penting, ego anda mesti menebal gila-gila ketika sesi tawar-menawar. Jangan mudah kata "YA!", "OK!' dan yang sewaktu dengannya sebab jika anda tidak ego, anda mungkin dengan mudahnya tewas! Tewas dengan harga yang MURAH tapi sebenarnya MAHAL.
Lagi satu tips adalah KAWAL. Pelissss pelisss kawal nafsu anda sebaik sahaja melangkah masuk ke kedai-kedai yang menjual pelbagai kelengkapan perkahwinan. Ye lah! Dah semua cantik-cantik. Tak ke haru nak memilih. Hurmm hurmm.
Puas hati dapat kain yang diidam-idamkan! Hihihi Walaupun harganyaaa kussssss semangat! Terkejut omaaakk!
First thing yang nurul buat ialah confirmkan dulu design baju macamana yang kita nak buat. Dan yang paling penting kita tahu berapa meter kain kita nak guna untuk buat design baju seperti yang kita nak tu. Macam nurul punya, nurul beli kain untuk majlis resepsi and majlis bertandang. Kos memang lebihlah. Mula-mula budget RM500 je. Tapi sebab haritu tak berapa nak ego, maka terlebih budget pulop. Iskk!
Untuk majlis resepsi nurul buat simple wedding dress, flowy dan menutup aurat yang penting. So, nurul pilih 6 meter chiffon silk which is RM40 per meter (6xRM40:RM240). Baju Syafiq pulak standard design zaman sekarang punya yang sut tuh. Beli 8 meter duchess satin (untuk bertandang sekali) which is RM30 per meter (8xRM30:RM240).
Untuk bertandang pulak, nurul design simple kurung modern, ade flowy sikit dekat kain and kepak kat tangan. Hahaha. Cubelah korang imagine canee. Hihi. Tapi simple je senanye! So, untuk design yang ni nurul gunakan 2 meter lace which is RM185 per meter so total (2xRM185:RM370). Lace memang mahal. Akak tuh ingat aku ni macam kaya sangat, die tunjuk lace semua yang mahal-mahal semeter. Aku cakap taknak, taknak, taknak. Sekali die bentang lace tuh & suruh try kat badan. Alahai! Cantik pulak. Isk iskk. Terus cakap nak nak nak! Acaneee? Memang takde ego langsung. Haha
Ni lah muka aku yang takde ego langsung tuh. Hihihi
Lepas tu untuk kain yang flowy tuh beli 6 meter chiffon georgette which is RM25 per meter (6xRM25:RM150). Untuk lining yang dalam beli satin biasa je RM18 per meter beli 4 meter so (4xRM18:RM72). Dah puas hati terus bayar dekat kaunter. :)
Total semuanya RM1072.00. Resit atas ni amaun yang bayar guna card. Pastu tambah cash sikit. Huhuhu Lepas bayar dengan gembiranya keluar dari Jakel, terus jumpa dengan designer dekat Gombak. Citer-citer dengan designer pasal pengalaman membeli kain. Dia cakap memang mahal gila harga kain yang kitorang beli tuh. Hukhuk. Tapi takpelah as long as kualiti kain bagus, its okay! Hihi ;)
So, sudah terbongkarlah bagaimana wang satu ribu boleh habis dalam masa kurang sejam! Phewww!
Lepas ni kene kerja kuat lagi dan lagi. Excited pulak kumpul duit then kita reward balik untuk diri sendiri. :)
Hope, entry ni berguna & sedikit sebanyak dapat membantu bride to be kat luar sana! Ingat taw tips yang nurul dah share. Penting supaya anda tidak terkandas. Hohoho.
Sekian, have a great weeked semua! Wassalam! ;)