Assalamualaikum & hai!
Sebagai mukaddimahnye, haruslah saya mengucapkan Salam
Eiduladha buat semua sahabat! Seronoklah semua cuti raya lama. Esok masuk kerja
semua Monday blues! Hihi. Last week dah janji nak update pasal konvo. So, macam
biasa memang tak tepati janji buat kali ke seratus dua puloh empat isskk.
Harini baru nak update. Bagus sangatkan? *angkat kening*
Okay okay, tahun ni UKM konvo untuk kali yang ke-40 (eh betul ke?).
Bangga jugaklah jadi ex-student UKM. Memang sayang UKM habis-habisan. Kenangan
belajar dekat UKM tak usah cakaplah. Banyak! Manis pahit, masam masin semua
ada. Well, dekat mana-mana pun sama. Kan? Maka, silalah semua berbangga dengan
universiti masing-masing *berdiri tegak sambil nyanyi lagu varsiti kita*. Walaupun
orang cakap UKM ni universiti kuat meetinglah, universiti kuat makanlah humm
humm ada aku kesah? Tak. Sebab memang perangai aku tak pernah kisah. Kekeke ;p
Ehh ehhh, melalut ke mane dah! Back to the point pelisss! Alkisahnye, my dear
friend Wani yang dulu masa first year dok depan bilik kitew konvo, ex-roomate
Syida masa first year pun konvo jugak. Same course. Accounting.
Diorang konvo hari sabtu, 21 Oktober lepas. Cuaca yang
sangat baik, tak hujan walaupun sekarang musim hujan, macam tahu-tahu je nak
meraikan hari besar diorang. Alhamdulillah. Cerita banyak pun tak guna, tengok
gambar jom!
Junior
& Senior! :)
Bergambar
dengan Shairazi, merangkap ex-ketua praktikum dekat Matrik Melaka dulu.
Congrats!
Baby stroller
sebagai props tambahan. Okay what? Ahaha. :)
Love
this picture so much! Semart tak semart tak?
Disebabkan syida (tudung coklat) tidak dijumpai pada waktu petang, maka kami lanjutkan sidang sendiri ke belah malam. Meet her at Pesta Konvo, makan-makan, chatting, berphotog sat, walk around dekat gerai yang ade then pulang. Best jugak sebab dah lama tak hangout same-same. Lagi pulak, masing2 dah bekerjaya, susah dah nak jumpe.
Lepas ni kalau dah beranak pinak tak tahulah caneee.. Isskkk.. Ape pun, semoga semua gadis di atas mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Ewaaahh. Sekian! Wassalam!
note: Rindulah nak belajar lagi. Tapi dah malas. Acaneee?
note: Rindulah nak belajar lagi. Tapi dah malas. Acaneee?