Nurul Sayang Kamu: DIA ITU SAYA??

DIA ITU SAYA??

Ada seorang wanita..yang sangat bijak..bijak dalam menyembunyikan perasaannya..perasaan sedih bila hatinya "dikasari"..ya!! wanita itu seboleh-bolehnya tak mahu orang yang disayanginya menghidu kesedihan yang sedang melanda dirinya..wanita tersebut sangatlah SENSITIF..Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian..

CEREWET..Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang-kadang dia ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala..Mempunyai hati yang sangat HALUS..Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun wanita tersebut memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA itu akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM..Keikhlasannya seringkali disalah erti..Seharusnya, Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui..

Wanita itu juga sanggup berKORBAN..sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, sahabat dan kekasih.. Dia seorang WANITA yang amat tabah..Dia juga sangat PRIHATIN..Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam..

Manja!! dia sangat manja..Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI,juga pada ibu dan ayah serta sahabat handai..

Dia juga wanita yang punya EGO.. Dia terlalu sayangkan kekasihnya hingga sanggup menolak ketepi EGOnya hanya semata-mata untuk orang yang dicintai..

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

p/s: kalau saya cakap WANITA dlm statement kat atas tue SAYA agak2x percaya ke tidak???? gudnite!! ZzzzzZzzzZZZZZzzz...~


2 ORANG KRITIK:

mizzbutterfly said...

ngaaa~~~ ko tak yah tnye..ape yg ko cite nih mcm da mengambr kan diri mu sayang...ngeeee....

B.E.R.Y.S said...

macam taw2x je ko erk wanie..=)