Nurul Sayang Kamu: Cantek tapi haram, still nak buat jugak! hemmpphh! terpulanglah..

Cantek tapi haram, still nak buat jugak! hemmpphh! terpulanglah..

Semalam saya dapat email dari sorang member..tergerak hati pulak nak share dgn semua..before-before nie kalau dapat email just baca and diam-diam je simpan kat inbox tue wat pekasam, tak share pun dgn sape-sape..ish3, teruk betul saya kedekut tak bertempat *bukan kedekut cuma malas..heee~* ape yang saya nak share nie rasenye ramai yang dah tahu kott..cume mungkin buat acuh tak acuh je.. :(

Selalu kan korang-korang kalau pergi majlis kawen.. tengok pengantin perempuan pakai inai kan? kan? pengantin lelaki pun pakai inai jugak tapi tak macam pengantin perempuan pakai..huuu~









macam-macam corak ade..dari corak batik terengganu sampailah ke batik indon, abstrak, lingkaran bumi, flora dan fauna, alam sekitar semua ade cukup pakej! heeee..~ so, korang rase cantek ke tak? mestilah cantek kan? hoho..nampak macam tangan tue meriah je ade pelbagai corakss..yang paling kelakar bile pengantin perempuan tue cam tetibe je dapat penyakit rajin nak bersalam, tak pun rajin nak buat something yang boleh show diorang punye tangan yang berinai tue..tak dinafikan memang betul pun coz penah je berlaku depan mata saya nie..ish3! menunjuk tak bertempat..lempang baru taw!


Saya senanye nak share tentang hukum melukis henna kat tangan nie..Pernah dengar kat Al-Kuliyyah kat tv3 pasal isu nie..sape-sape wanita yang membuat henna nie dilaknat Allah s.w.t..Tokoh Ulama terkenal, Ustaz Haji Abu Hassan Din Al-Hafiz pernah menegaskan bahawa:



"Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah...
Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu."

"Kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul pada hujung jari.."

"Saya tengok sekarang ini ramai pengantin perempuan ukir inai macam tatu pada tangan mereka..."

"Macam mana nak berkat kahwin macam ni.."



*****


Kitab Terjemahan Hadis Muslim dan menemui hadis bilangan 2003 yang bermaksud:

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w.) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu."


*****


Dalam Kitab Terjemahan Hadis Sahih Bukhari pula hadis bilangan 1685 menyebut maksudnya:

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w. bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)."



******


Isu nie sebenarnye dah lama cume yela, zaman sekarang manusia amek endah tak endah je kan..ade yang cakap tak kisah kalau haram tapi cantek..ishh! seramnye dengar camtu..memang kita nie dah hampir dgn akhir zaman..sekarang nie tengah hot isu sanggul yang mcm bonggol unta tue..banyak juga terbaca macam-macam pandangan manusia tentang isu sanggul tue..ade yang takut terus ikut penyekkan rambut..yang tak takut still berdebat dengan keluarkan macam-macam hadis yang bertentangan pulak..hummpphh! bahayakan? takut terpesong je akidah..nauzubillahi min zalik.. jauhkanlah saya dari golongan-golongan yang mcmtu..


Okelah, setakat nie dulu..nanti ade pape yang best-best nak share saya akan share lagi..tingkatkan amalan kurangkan propaganda! *eh eh! cam tak kene plak pantun 2 kerat saya ni haa..whatever!* bye! salam..


With love..Berys~

10 ORANG KRITIK:

PMOfficial said...

betol....sangat haram

N U R U L said...

parcheek: tapi ade jugak yang ckp tak haram..huhuhu..confused!

Anonymous said...

kalo dh ragu2 tue haramla cik nrl

@cik_ezati said...

kalau pakai inai suke2 pon tak penah wat corak2 bagai at tangan camtu sebab pada pandangan saye...tak cantik, nampak macam india,, tu pada pandangan saye huhu

N U R U L said...

anon: baik!

zati: yes, slalu pakai inai letak kat jari je..hee.. :)

Bro Framestone said...

yup betul ape yg ustaz tu eperkatakan

bro xde niat ape pun

tapi mmg betul... sebab ikut sunat nabi pun just pakai di hujung jari...

xde pualk di suruh lukis ke ape ke kan... dh ikut budaya hindu je tue

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

N U R U L said...

bro:ohhh..tula, byk pulak hukum yang org timbulkan jadi mcm2x andaian keluar..nurul yakin benda ni haram..thanx bro..~ :)

mizzbutterfly said...

kan....rase...mcm da ramai yg tau itu haram...kan..kan..tp masih nk pakai..dulu..aku pun penh wat...harap2 diampunkn dosa..sbb time tuh tak tau haram..gedik nk try..

N U R U L said...

mizbutterfly: huhu..kalau tak taw takpe..dimaafkan..heeee..~

Anonymous said...

PANDUAN MEMAKAI INAI MENURUT ISLAM


pmakaian inai

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pada Oktober 2009 memutuskan pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada sudah berkahwin atau belum selagi tidak menimbulkan fitnah.
Walau bagaimana pun ianya terhad pada pergelangan tangan atau kaki sahaja, dan warnanya tidak boleh yang bersifat kekal seperti tatu atau dari bahan-bahan yang meragukan.


-Inai ukir
Inai ukir dibenarkan dengan syarat corak-coraknya adalah dari unsur daun dan tumbuh-tumbuhan. Tidak dibenarkan menggunakan corak haiwan, watak dewa dewi atau ajaran dan apa jua lambang yang bertentangan dengan ajaran Islam.


-Pewarna kuku
Pewarna kuku (cutex) diharamkan kerana ia menghalang air wuduk untuk sampai. Sebaliknya penggunaan daun inai diharuskan sekiranya berniat berhias untuk suami. Lagipun daun inai banyak khasiatnya.


~ Adapun hadis yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab-sebab yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.


Artikel disunting dari sumber :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Laman Web Halaqah