Kadang-kadang korang pernah rasa tak dalam hati korang ade bahagia? entahlah. Sukar nak tafsirkan "bahagia" rase yang macamane. Sebab bahagia tu bahagia. Lagi-lagi bila something yang memang kita dah lama plan, usaha sungguh-sungguh nak capai impian kita, then bile sampai masanya kita dapat! Cuba bayangkan. Sepasang laki bini yang dah 20 tahun kawen, tak dapat anak. Bile masuk tahun ke 21, tup tup "tahniah! anda bakal bergelar ayah dan ibu!" bahagia tak camtu? ofkoslah bahagia kan? korang faham tak erti bahagia tuh? susahkan nak ditranslatekan. Google translate pun tak boleh nak tolong translate! Huh!
Kadang-kadang nurul rase susahnye nak dapat bahagia. Walaupun realitinya orang nampak ceria-ceria je macam tak pernah ade masalah. Yang duka laranye orang tak pernah nampak. kenape? ye, mungkin sebab tak pernah tunjuk. Dan mungkin orang lebih suke berkongsi yang bahagia-bahagia je. Yang sedih-sedih simpan dalam-dalam jauh kat lubuk hati sane! Sian taw kat hati kite! Sakit! Tapi korang pernah tak terfikir yang kesakitan hati itu sebenarnya bahagia yang korang boleh bagi dekat orang lain. Korang pernah rase tak yang senyuman indah yang mak ayah korang bagi tuh bahagia? Pernah tak korang rase yang di sebalik senyuman tu diorang sebenarnya tengah sakit. Pernah tak rase? Contoh mak dengan ayah tengah susah takde duit nak bagi korang makan. Tapi mak ayah tak cakap pun diorang tak boleh bagi korang makan. Korang makan jugak, tak pernah dibiarkan lapar. Melahap lagi adelah! Hesh! ;p
Nak tahu tak kenape nurul tibe-tibe nak cerita-cerita pasal bahagia nie. Sebab nurul kadang-kadang terpikir, susahlah nak bahagia. Jalan nak bahagia tuh jauh, berliku-liku. Tapi bila dapat bahagia tuh, kenapa kita manusia tak cuba nak pegang, nak genggam bahagia tuh, biar jangan hilang, biar jangan pergi. Kalaulah bahagia itu emas yang boleh nampak fizikalnya, boleh rase kehalusannya, indah bile dipandang, bangga bila dipakai. Ish, apelah ku merepek nih. Okeh, dah pening!
Yang penting satu je kott, bahagia ke tak bahagia ke tu semua datang dari Yang Di Atas. Kuasa Dia cuma yang boleh tarik kebahagian tu dalam sekelip mata. Sebab tulah mak selalu pesan, eh nenek pun selalu pesan jugak dulu-dulu. "Jangan suke sangat, nanti nanges!" betol tak lepas dah suke-suke tuh mesti nanages. Haaaa, kann???
Korang senyum-senyum baca belog nie pun nurul dah rasa bahagia. tq!
Salam sayang! ;)
0 ORANG KRITIK:
Post a Comment