Nurul Sayang Kamu: Sabtu & Ahad

Sabtu & Ahad

Khamis Jumaat, Sabtu, Ahad. 4 hari tak update belog. Hectic sangat minggu ini sampai mandi pun tak sempat. Hiks! Opss, hiperbola bukan? Statement harus diperbetulkan. Takdelah sampai tak sempat mandi cume mandi pagi itu dijamak sekali dengan mandi petang maka mandi satu kali saje sehari. Perlu ke nak mention kat sini? Perlu. Oke tak kot. Dah, cukup. Bukan nak cerita pasal mandi berapa kali, tapi nak cerita perkara menarik sepanjang 4 hari tak update belog. Alaa, tak menarik sangat pun tapi takpelah. Nak cerita jugak! Tak kira! *Sambil joget-joget dangdut atas katil!* Mari kita tengok apa yang hectic sangat last week!

1. Peperiksaan Khas Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41 (PTD M41)



Gambar exam hall yang sempat disnap before exam start pukul 9 pagi! ;) Cahaya matahari yang kaya dengan vitamin  C di pagi hari memancar-mancar menembusi kerusi meja dalam exam hall. Kerusi yang biru menjadi putih! Waalaaa, jadi putih ke? tipu!

Seriously memang tak suka EXAM tu sebab gap masa antara satu Seksyen dengan seksyen lain cuma 5 minit. Kepala berdenyut-denyut + perut menari dangdut. Tak breakfast + bulan mengambang. Memang sangat bagus timing dia nak mengambang! Pheewwww! Rasenye saya buat yang terbaik dah untuk EXAM PTD tu, cuma satu. Soalan Matematik, no. 1 saya tak tahu. No.2, 3, 4 dan seterusnya lagilah tak tahu. Terkebil-kebil waktu jawab. Yang bestnye, orang sebelah pun terkebil-kebil. Ahah! Best-best! Ade geng terkebil-kebil. Wakaka! Sebab saya bukan peminat Cikgu Addmath kat sekolah dulu. Sobs. Apa-apa pun kita tunggu result keluar 16.06.12 nanti! Pelis pelis doakan saya LULUS CEMERLANG MUMTAZ 4 FLAT!

2. Order order order!


Siapkan order untuk tablegift ABADI. Ade cookies, marshamallows, snacks dengan jellies! :) Pastu siapkan order cheese tart, marble cakes dengan pillowish. Sumpah rasa nak nangis buat semua ni sorang-sorang. Sobs. Eh, memang dah nangis pun. Hiks! Tapi, kalau kita dah fikir rezeki tu datang dari ALLAH & niat cari duit tuh ikhlas, tak kisahlah kau buat ape je pun asalkan halal, penat tuh tolak tepi dah. KAN?


3. Avengers!


Ni bukan Avengers! Haha

Dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi tengok Avengers! Hihi. Eh eh, kenape ade fresh orange dengan Chocolate Shake tu?


4. Preparation for?

Preparation for for for for for for? For what? Whatever! HAHA ;) Takyah nak gebang sangat kat sini. Phewww! :) Yang ini memang kene betul-betul prepare, plus rumah baru je lepas renovate, habuk toksah cakaplah kalah gunung kinabalu! ;p


5. Surprise sempena mother's day!


Red Velvet Cake untuk emak! :)

Punyelah takde idea cane nak surprisekan mak! Tengah mak duk sembang-sembang dengan ayah lepas solat maghrib malam tadi. Dengan pantas kilat nurul hulur kek tuh betul-betul depan muka mak, berape cm je lagi hidung mak nak kene cake! Mak tekejut lantas menjerit " Ape nihhh!" Wakaka! Baguslah, dah kate surprise, haruslah terkejut! Ke mak berlakon je? Yang bestnye, mak tak nangis pun tanda terharu ke hape, tapi nurul pulak yang nangis terharu! Sebab yeeaayy, dapat makan red velvet cake! Lame ngidam dah! Rase macam satu wishlist tertunai sudah! HAHA

Itulah die serba sedikit penerangan tentang last week yang konon-konon hectic! Hihi ;p Takde ape sangat pun. Yela, masa yang ade haruslah digunakan sebaik mungkin. "Demi masa. Sesungguhnya manusia ini dalam kerugian-Suratul 'Asr"

Oh ya! Al-quran Pelangi yang cover pink tinggal 5 pcs je lagi kalau tak silap. Insyaallah, akan ade cover warna cream & brown! :) Sape-sape yang interested boleh terus ke PAGE AL-QURAN PELANGI! thanx! :)

Salam sayang! Wassalam! :)