Tiga bulan lepas kalau tak silap, nurul ade apply position admin executive dekat Majlis Perbandaran Sepang. Ingatkan tak dapat. Isk3. Alhamdulillah, pagi tadi pihak MPS call suruh datang ujian menaip untuk pengesahan jawatan. Ujian hari khamis ni pukul 9 pagi dekat MPS. Dia nak tengoklah sejauh mana kepantasan kita ni menaip dalam seminit.
So, nurul ade buat sikit preparation untuk ujian tu. sampai naik lenguh tangan ni haa menaip. Silap haribulan boleh keluar otot-otot kat tangan ni phewww!! kalah Malik Nor wakaka!
So, nurul ade buat sikit preparation untuk ujian tu. sampai naik lenguh tangan ni haa menaip. Silap haribulan boleh keluar otot-otot kat tangan ni phewww!! kalah Malik Nor wakaka!
First time buat, dapat taip 52 patah perkataan je seminit. Wuuuhuuu!
Punyelah tak tengok kanan kiri fokus gila-gila depan skrin sampai lauk ikan pari masak asam pedas mak masak pun nurul tak tengok dah.
Sedih dengan kebolehan menaip yang sangat lambat, so nurul cuba lagi! Naik dua anak tangga ! Yehuuuu! *joget-joget!*
Pastu mak tegur, "baca dulu 3-4 patah perkataan baru taip". Orang kata, semua yang mak cakap tu betul plus doa. So, nurul pun cubelah kali ketiga dengan mengambil tips dari emak! Cube teka nurul dapat taip berape patah perkataan? 55? 56? 70?
59patah! Alaaa, lagi satu jeee nak enamploh! :) Pastu jerit kat mak "Maaakkk, doakanlah 100 patah terussss!!" Mak jawab "Mak dah doa hari-hari, anaknye yang taknak usaha.." Erk? Mane adee! Orangnye baru tepon pagi tadi bagitaw kite dapat ujian menaip. ;p Wish me luck ujian khamis ni yaaawww! :) Tenkiuu! Nah loveeee!! ;p Hiks! Salam sayang! Wassalam.