Nurul Sayang Kamu: Just a thought

Just a thought



Alhamdulillah wasyukurillah. 9 Jun 2012, selamat sudah bergelar tunangan orang. Masuk harini dah seminggu lebih dah berlalu. Sekejap je. Yeah, lama dah tunggu saat tuh. Hihi. Bercinta tak lama pun, eceehh, bercinta lah sangatkan? Yela, mungkin sebab dah kenal sebagai kawan before tuh. Sebab tu lah taknak lama-lama. Setahun berkenalan dah cukup rasenye untuk pergi ke next stage dlm perhubungan even banyak lagi rahsia yang tak sempat nak korek haha takpelah lepas kawen nanti banyak lagi masa nak korek rahsia dia. Hihi. Alhamdulillah. Serik dah nak bercinta sampai empat lima tahun. Huhu.


Yang bestnye bile dah jadi someone's fiancee ni kan, percaya atau tidak keyakinan diri sebagai pasangan someone tu semakin bertambah. Oyeh! Fakta! Tak tahulah kalau nurul je sorang yang rasa macamtuh. Contohlah, if pergi ke mana-mana dengan syafiq, I feel like confident gila-gila sebab dekat jari dah tersarung cincin yang membuktikan i'm officially booked. HAHA. Comel kan? Macam semalam ade event dekat resident hotel Uniten, officemate syafiq cakap " tunang kau bla bla bla...", dekat situ dah rasa semacam dah. Semacam tu refer "special" sebab im not your girlfriend anymore yang to me  word "girlfriend" tu nothing sebenarnya. Bile dah ade ikatan ni barulah rasa macam i am somebody. Belong to him. Fiancee tu macam double meaning. Betul-betul punya relationship. Tak cinta monyet dah. Tak main-main dah. Sampai macamtu sekali aku rasa? Phuii! Jauh jauh!


Ape pun, lepas ni tak boleh nak suka-suka menganjing. Hiks! Kene take it serious dah. Kene selalu praktis untuk lebih memikirkan tanggungjawab yang beberapa bulan je lagi nak kene pikul ooohhh seram! Nak bertukar status kepada Puan Nurul. Alaaahai, comelnye rasa! Puan? Oh oh! Nak kene recheck masak memasak dah lulus ke belum, kerje rumah semua reti ke tak nak buat, mental fizikal dah ready ke, if ade masalah reti ke tak nak handle, iman & ilmu di dada dah cukup ke nak didik anak-anak nanti. Pasni tak boleh dah ngadu-ngadu kat mak ayah macam budak kecik. Issskk. Kalau listkan semua kat sini mesti panjang bermeter-meter. Tapi tulah kehidupan kan? Dah sampai seru masing-masing mendirikan apa yang patut didirikan. Chewah!:)


Setakat ni, tu jela yang asyik terfikir-fikir tak terluah-luah. Dah taip ni kire dah terluahlah. Fuuuuuhh! (Tiuuppp 33 kali) Mudah-mudahan semuanya selamat, semuanya dipermudahkan, rezeki kami dimurahkan & kalau boleh mencurah-curah dalam beberapa bulan ni. Dikurniakan kesihatan yang baik supaya boleh selesaikan semua urusan dengan cepat. Amin amin. Kursus kahwin tak pergi lagi. Tengah cari kawan nak ajak g sama. :) Sape nak pergi? Jommmm!


Okelah, salam sayang semua! Jangan monday blues pulak yea? Byebye! ;p


Wassalam.