Lately ni rajen yang amat mat mat mat masuk dapur. Eceh! Rajin sebab nak kahwin yea? Kene belajar masak kan kan kan? Heee! Yela, nak kate skill memasak dah ke tahap masterchef memang taklah, malu daku dengan kemampuan memasak yang tak seberapa. Tapi atleast tahulah apa itu bawang, halia, lobak merah, cili benggala kan daripada tak tahu langsung memang mintak ketuk kepala dengan senduklah jawabnye. Miahaha. Malu lah kan jadi orang perempuan kalau masuk dapur pun tak pernah. Malu malu. :(
Maka atas alasan itu jugaklah, petang tadi "ter"rajin lagi sekali ewaah! Ade pasta lebih dengan daging burger pakcik Ramly! Maka, menu yang terlintas adalah pasta goreng. Mak cakap, kalau masak nak sedap kene campak-campak je. Masak ikut hati bukan ikut nafsu. Eh! Jangan campak-campak sampai rumah jiran sebelah dahlah. Kasihan jiran sebelah. Nanti dia datang bawak penyapu baru kau tahu langit tu tinggi rendah. Hiks!
Bawang merah+bawang putih+cili hijau+cili merah (cincang) *Pasta yang sudah direbus * Daging burger ramly (2 keping) * Sos tomato+sos cili+kicap pekat
Masak macam biasalah, tumiskan bahan yang dicincang sampai harum satu rumah. Then masukkan daging burger pastu masukkan segala macam sos & kicap pekat. Last sekali masukkan pasta rebus! Jangan lupe garam sikit, serbuk perasa sikit! Song seng song seng ketang ketungg ketangg ketunngg! Siap!
Okelah, tu je nak share setakat ni! :) Esok, genap seminggu jadi tunangan orang. Echeh! Malu. Haha. Dah, takyah nak gedik sangat. Nak tengok bola kejap. Tak aci semua orang duk ngadap tv, nurul ngadap laptop! Hehehe ;p Bubye! Salam Sayang! :)