Assalamualaikum! Salam petang Jumaat! Update sikit je before balik kerja. Sedihlah. Hari-hari balik kerja jam berjela-jela. Hari-hari jugaklah buka puasa korek hidung je dalam kereta kahkahkah tak senonoh! Astaghfirullah, behave nurul, behave! Heee, taklah. Selalu before balik kerja, mesti singgah bazar ramadhan dekat bawah office! Phewww hebat hebat hebat office kite ade bazar! Hiks! Menu wajib puding caramel! Sedaaaapppppp gila tak tahan!!! Astaghfirullah. Masyaallah. Tahan nafsu tahan!
Banyak nak story tapi asyik tak menyempat jeewww. Kalau jamakkan semua cerita jadi satu entry time Hari Raya nanti aci tak? Aci lah kan? Hoho. Sekarang dah start buat survey sikit-sikit untuk beli rumah untuk lepas kahwin nanti. Tengah keliru nak beli apartmen ke single storey. Hurmm! Preparation untuk wedding tak buat ape pun lagi, cume survey kasut je hehehe ;p
Lepas raya ada dua benda penting yang relate dengan wedding preparation, kursus kahwin dengan jumpe designer baju wedding untuk ukur badan dekat wangsa maju. :) Eksaited! HAHA.
Tengok kawan-kawan lain semua rajin betul buat blog bride to be. Aku? Kirim salam! Tak cukup masa, kalau boleh taknak pikir pape, nak nikah cepat pastu duk diam-diam kat rumah dengan husband! Ehehehehe! :) Ngadee!
Okelah, update simple sangat! Sobs! Just buat syarat kasi bloglist berganjak sikit. Hewhewhew! :) Takdelah korang boring, kejap-kejap masuk blog ni asyik tajuk Manhattan Fish Market jew! Kalau keluar ikan sekor takpelah jugakkan? Takyah nak memancing kat kolam. Duduk je depan laptop, tenung blog nurul ni haaa. Tipulah!
Oke dah. Bosan kan? Takde isi langsung entry kali ni. Kalau best pun pasal kawen je. Eleeh. Taw dah.
Oke, dah tiga kali oke dah.
Oke bye! Wassalam.