Nurul Sayang Kamu: 17 Ramadhan 1433H

17 Ramadhan 1433H

Alhamdulillah, semalam dah 17 Ramadhan. Dah 17 hari dah kita semua berpuasa! Alhamdulillah! Syukur! Semalam jugak cuti Nuzul Quran! :) Dengan berbekalkan cuti yang ade, nurul telah mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk shopping! Yuuhuuu!! Double shopping tahun ni! Shopping raya campur shopping barang kahwin! Hik3! Teruja lebih sikit. :) Alhamdulillah! 

Nasib baik incik tunang pun cuti jugak, yahuuu arebaaa arebaaa! Dapatlah menshoppingkan barang kahwin same-same! Semalam lebih kepada survey je sebenarnye. Survey gelang tangan untuk upacara batalkan air sembahyang time nikah nanti. (perkataan upacara itu skema. Abaikan.) Masuk kedai emas terus mata jadi blink-blink! Ewaaah! Semua cantik-cantik! Then cari kasut untuk hantaran. Banyak pulak promosi sempena raya, kaaang tak sempat nak buat kahwin, kasut kahwin buat  kasut raya pulak. Ade yang jadi Datin Vogue lah raya nanti! Haha

Eh, kemain lagi kite cerita tapi tak mention pun membeli belah di mana. Banyak sangat tempat nak pergi but atlast we decided pergi Times Square since Syafiq nak beli baju kemeja raya hewhew. Baju raya dia dapat 3 helai amboiii! Bertolak awal gila-gila sebab nak elakkan kesesakan lalu lintas kononnye. 

Rasenye dekat 12 jam dekat Time Square tuh. Tawaf punya tawaf, dapatlah semua yang nak dibeli. Tengok Syafiq pun happy je die semalam. Senyum je sampai balik. Oloooo. Hiks! Oh, bahagia rasa di hati. Hewhew!

Before shopping, kitorang decide nak buka puasa dekat Nando's, then terus cepat-cepat reserve tempat takut nanti time nak buka puasa penuh pulak. Alhamdulillah, dapat jugak reserve satu tempat, kerusi sofa lagi tew!




Nando's ade ramadhan package, untuk 2 orang makan! 
Harga RM58 tak termasuk tax. Hewhew!





 Ice Lemon Tea! Refill berapa kali ntah tak ingat. Kuat minum air betul! Hiks! Syafiq tak refill pun, nurul je makan sulam air. Hoho. Pedas! Sebab tertumpahkan EXTRA HOT PERI-PERI atas ayam kitew! Haha. Padan muka daku!




1/4  Chicken with two sidelines! Mediterranean Rice & Coleslow! Mine!




1/4 Chicken with two sidelines! Mediterranean Rice & Crispy Wedges! Syafiq punyee!

    

Appetizer! Sausage! Kurma takde. Sobs!



Saya nak Caramel Cheese Cake! Nak jugak! Tak kire! Bolehlaaaa bolehlaaa pelis pelis! Sambil buat muka manja! Wakaka!




Incik tunang yang baik hati pun bergegas tambah order caramel cheese cake! Hewhew! Mekasih! I lap you! Kekekekkee!




Eh, ade chocolate cake pulak. Syafiq punye dessert wajib! Chocolate die umpphhhh!



Sedih dengan kualiti gambar, setting lari sikit. Semua gegar! Grrr! Ape pun semalam memang best! Kaki memang santak lenguh. Terus cari tempat urut refleksologi! Syafiq belanjeee hoyeeehhh! Hemo hemo! Sakit mak oiii akak tu urut! Isskk! 



Gegar sikit gambar, tengah tahan gelak sebab geli campur sakit! Haha ;p Geli banyak sikit sebab nurul ni penggeli! Euwwww! Tak tahan! Hiks! Lepas 30 minit fuhhh lega! Boleh sambung shopping sampai esok pagi pulak. ;)


Okelah, lepas ni nak buat entry baju raya. Mungkin. :)



 Bubye! Wassalam!