Nurul Sayang Kamu: Nsk Couture' : Teaser Maxi Dress

Nsk Couture' : Teaser Maxi Dress

 
Assalamualaikum & hai! How's you weekend? Sambut Hari Malaysia ke? Kalau sambut baguslah, memang sayang kat Malaysia betul! ;) Nurul? Duduk rumah & terus memikirkan masa depan tanpa henti. Habit berangan memang sukar dipisahkan bagai distapler dengan dawai kokot pheww!
 
Oh ye,  sebenarnya nurul nak war-warkan satu benda ni. Bukan nak war-warkan tarikh kawin, nehi nehi. Hiks! InsyaAllah, nurul dalam perancangan untuk mengembangkan sayap (cheh kemain sayap bagai haha) ke bidang yang selama ni memang nurul berkenan di hati tapi bila further study tak amek pun kos yang kite minat tu tsskk. Sape tahu? Kalau yang follow blog ni dari awal memang tahulah kot, ade dua impian yang nurul nak sangat capai. Satu, to be a bakery chef & kedua nak buka butik sendiri!
 
So, dengan berbekalkan sedikit ilmu, usaha dan modal, InsyaAllah Nurul akan tampil dengan koleksi pakaian jenama Nurul sendiri iaitu NSK COUTURE'. Pelbagai koleksi menarik sesuai digayakan ke majlis-majlis tertentu atau untuk kegunaan harian bakal menanti anda! (Feeling bagi ucapan as 1st winner Runaway Project kekeke!)
 
Semua design untuk NSK COUTURE' ni tercipta hasil dari citarasa nurul sendiri dalam berpakaian. Sebabnye nurul ni seorang yang agak cerewet kalau nak beli baju. Baju tu dah cantik gila-gila pun nurul still cakap tak cantik. Something wrong some where? I guess... Hummpph! Besides, ade some people yang rajin & suka tanya "nurul beli baju time dinner tu kat mana?", "kenduri kawen haritu pakai baju sape buat?", "cantik baju!". So, here I come with solution. Hewhew.
 

Teaser: Burnt Orange - Chiffon Maxi Dress (patched lace)
 
Semua baju keluaran NSK COUTURE' dijahit sendiri oleh tukang jahit berpengalaman, material untuk kain semua nurul yang pilih, & design pulak nurul ikut design baju yang nurul suka pakai. Hehe ;) Harga sangat reasonable & yang paling penting affordable! Sape-sape yang nak dapatkan koleksi daripada NSK COUTURE', kene rajin-rajin tunggu nurul update entry OKTOBER NANTI! 10 pelanggan bertuah akan dipilih untuk menikmati 20% diskaun! Stay tune gojeeessshh-gojessshh semua! :)
Sekian Wassalam! :)