Nurul Sayang Kamu: Hai January!

Hai January!

Assalamualaikum, 




Selamat tahun baru 2015 semua orang! Mesti semua orang tengah berkobar-kobar dengan azam barukan? Ape azam baru korang tahun ni? Nurul punye azam tahun ni tak banyak. Lebih kepada fokus and mantapkan bisnes je. Pastu Nurul tengah kumpul semangat nak menabung sekarang ni. Wehihi. Sikit-sikit google pasal tips menabung. Yelaa, dengan ekonomi negara kita yang tengah meruncing sekarang ni kan. Tak bolehlah nak boros macam dulu. Banyak benda yang tak tercapai lagi ni. Tskk tskk. 

InsyaAllah, Nurul akan start bisnes baju balik macam dulu-dulu. Serius rindu berbisnes! Cik Hannan pun dah besar sikit, so bolehlah fokus balik benda yang kita minat. Kali ni Nurul tukar plan sikit. Maybe tak keluarkan baju untuk orang dewasa. Nak fokus untuk baby & kids attire pulak. Sebab banyak sangat dah kat luar sane yang buat muslimah design, princess dress, jubah dress, lacey dress, cotton dress & so on. Too much competitor. Sampaikan nak cari baju kurung yang cantik pun susah dah skrg.  Wuu! Tapi tulah, rezeki Allah yang tentukan. Setiap orang ade bahagian masing-masing. So, jangan RISAU okay!

So, Nurul start plan balik betul-betul design apa nak buat, buat research banyak-banyak tentang baby attire ni. Kalau boleh memang nak comeout dgn idea sendiri. Hee. Sounds like too difficult kan? Tapi tulah namanya cabaran! Nak cari something rare & fresh untuk 2015. Paling penting costing! Kene kira betul-betul. Alhamdulillah, design untuk January 2015 dah selamat hantar kat tailor. Sekarang tgh process jahit-menjahit. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua tahun ni! :)

Jangan lupa follow :

Facebook : Tillie and Tots
Instagram : Tillieandtots


Just nak share few tips untuk murah rezeki:

Satu: JAGA SOLAT. Kalau boleh solat awal waktu. :)

Dua : Rajin-rajin SOLAT DUHA. Rezeki yang jauh boleh jadi dekaattt bile kita Solat Duha. Ajaibkan? Cubalah!

Tiga : SEDEKAH, SEDEKAH & SEDEKAH. Lagi byk kita sedekah, lagi murah rezeki kita.

Empat : YAKIN. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan manusia. So, kene YAKIN dengan rezeki dari Allah.

Lima : Amalkan Surah Al-Waqiah. Kalau boleh tiap-tiap malam. :)

Banyak lagi tips, boleh rajin-rajin google ye? Kalau tak mampu buat semua, buatlah sikit-sikit dulu. Yang penting Istiqamah. InsyaAllah. 

Jom jadi manusia lebih baik tahun ni!

Sekian. Wassalam.


2 ORANG KRITIK:

Hafizin Jamil said...

Thanks for the tips. Sebagai peringatan untuk mengamalkannya. :)

tenku butang said...

Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 671
Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

Official Blog :
http://tengkubutang.blogspot.com/

Catlover Blog :
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/