Nurul Sayang Kamu: Resipi : Donut Sesuci Salju

Resipi : Donut Sesuci Salju


Hai!

Last week Cik Hannan buat donut untuk breakfast. Pandainya Hannan baru setahun dah pandai buat donut. Haha. Ok, mestilah tipu. Pegang doh tepung pun Hannan geli. Sebab lembik-lembik. Lol!

 

Sebenarnya husband yang mengidam donut ni. Kalah ibu mengandung. Hekhek. Dia punya semangat nak buat donut tu, pagi-pagi lagi dah siap-siapkan bahan kat dapur. Masuk dapur tengok yis dah kembang! Hebat cik abg kita! Kekeke




Nampak tak dua ketul tangan tu? Hehe. Hannan tgh get ready nak main tepung!


Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega
 1 biji telur
 1 cawan air suam
6 sudu besar gula pasir
 3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (mauripan)



Cara membuatnya :




1. Mula-mula, cairkan mentega pastu ketepikan. Pukul telur pastu campurkan dalam mentega cair tadi.(Adunan A : Mentega + Telur)


2. Bancuh yis dengan air suam, biarkan sekejap sampai yis naik. Pastu larutkan gula dengan air suam. Masukkan susu pekat dan kacau sebati. (Adunan B : Yis + gula + susu pekat)


3. Kemudian campur adunan A dan adunan B. Kacau sebati.

4. Masukkan semua campuran ke dalam tepung (masuk sedikit demi sedikit)




5. Gaul adunan slow-slow guna senduk kayu. (Nurul guna chopstick. Hehe)

6. Biarkan kejap dalam 45 minit (Patutnye 45 minit, tapi Nurul sempat pergi jalan-jalan kat Tasik Cempaka dengan Hannan & husband. Wakaka. Balik-balik je omaigooddd doh naik mendadak penuh satu dapur. Kihkih)

7. Lepas 45 minit doh akan kembang & gebu gitew! Bolehlah bentukkan ikut bentuk yang korang nak, segi tiga ke, petak ke, tak kisah asalkan boleh dimakan. (Letak tepung sikit kat tangan if doh melekat-lekat) 

8. Bile dah siap bentuk donut, rehatkan kejap doh, baru start goreng. Api jangan besar nanti rentung kang sape nak dipersalahkan? Api jugak yang salah. Kesian api. Heww


9. Sejukkan donut dulu baru salut dengan gula (Nurul blend gula kastor, sebab tu nama donut kite sesuci salju. Hihi) Tapi kalo nak salut dengan coklat pun boleh. Jangan salut dengan garam sudah! 





Dah siap! Cantik tak kak ton? Hehehe





Doh banyak lebih, buat bulat-bulat bagi Hannan makan. Ni semua Hannan yang punya. Wah wah kemain banyak lagi. Hikhik


Okay. Selamat mencuba!!!


2 ORANG KRITIK:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Emy Ezzha said...

Sedapnye