Dah lama plan nak bawak Hannan and Hafiy jalan-jalan. Dekat setengah tahun jugak plan. Hahaha. Lama sungguh! Akhirnya plan menjadi jugak. Kitorang plan pergi yang dekat-dekat je since Hafiy masih tak berapa nak besar sangat untuk dibawak travel jauh-jauh. Hehehe. So, ke A'FAMOSA RESORT lah kitaaa anak beranak.
Stay dekat A'FAMOSA RESORT 3 HARI 2 MALAM. Beli tiket dekat GROUPON. Husband suka sangat kalau nak travel je cari kat groupon sebab murah and berbaloi. Hehehe. Budget untuk 3 hari 2 malam ni cuma RM525 termasuk breakfast untuk dua hari dengan tiket untuk ke :
SAFARI WONDERLAND
WATER THEMEPARK
COWBOY TOWN
Packing packing. Baju ibu dengan ayah je dah satu luggage. Tak campur Hannan dengan Hafiy punyaa. Hehehe.
Sejak join shaklee, ke mana-mana memang dengan supplement jela.
Tak boleh tinggal dah. Hihi
First place yang kitorang pergi sebelum check in dekat A'FAMOSA RESORT adelah FREEPORT VILLAGE. Ni kira dik beradik dengan JPO lah ni. Dekat je dengan A'FAMOSA RESORT. Ikut gps dalam 7 minit je dah sampai. Saje jalan nak ambil gambar sebab banyak background lawaaa. Hehehe. Tapi itulah, bila pergi hujung tahun ni, sales sana sini! Dasyat sungguh sales 80% semuanyaaa. Kejadahnyaaa tak beli sehelai dua hihihi.
Tetiba je kat dalam fitting room. Beli apelah tu? HAHA
Sempat lunch kat FREEPORT VILLAGE ni. Ade foodcourt (harga memang mahal). Ade KFC, paparich, ade Aunties Anne, The Baker's Son and banyak lagi. So, tak perlu risau nak makan apa. Masa kitorang pergi haritu, kitorang makan kat foodcourt je. Situ tak ramai orang. Tengok KFC semua penuh.
Kat foodcourt banyak je pilihan menu. Ada nasi Ayam, nasi kukus, sizzling, claypot, laksa, western semua adaaaa. Tempat pun sejuk, bersih, luas. So anak-anak bebas berlari-lari.
Check in dalam pukul 3 petang macamtu.
Kasi chancelah nak bergambar laki bini. Muehehe.
Ni problem dia bila ada bath tub. Tak tunggu nanti sekarang jugak nak mandi. Pastu asyik mintak mandi je. Kat rumah suruh mandi pun susah. Hihi
Malam tu kitorang pergi COMBOY TOWN. Tengok red indian show, animal show, firework. Gambar ada kat handphone suami. Lupa nak transfer. Hihihi. So yang ni kita google jela.
Red Indian Show
Pertunjukan kereta berhias
Dah habis show semua, laparr puleee. Cari makanan kat pekan Tampin. Beli DOMINO'S PIZZA ajeee. Sebab malas nak fikir restoran mana nak makan sebab dah malam. So, tapau domino makan kat bilik. Settle.
Masuk tidur awal sebab esoknya nak gerak breakfast lepas subuh pastu pergi SAFARI WONDERLAND.
SAFARI WONDERLAND bukak pukul 9.30 pagi macamtu. Lepas breakfast terus gerak. Tak ramai orang lagi masa tu.
First kitorang tengok ELEPHANT SHOW. Tapi tak lama sebab Hafiy tak betah and takleh duduk diam. Asyik nak lari pergi kat gajah je maknye dah seramm haha.
Next, masuk zoo pulak. First experience Hannan and Hafiy tengok real animal depan mata. Sebelum ni tengok dekat dalam buku jee.
Alaahhh shayanggg untaaaa!
Ayah ajar bagi makan rabbit. Jangan makan carrot tu masuk mulut sendiri ye anak-anak. Hihi
Masa dekat zoo ni banyaklah animal show. Ade MULTI ANIMAL SHOW, BIRD SHOW and macam-macam lagi tapi tak tengok semua pun sebab Hannan & Hafiy ni tak suka duduk sajeee. Diorang lagi suka bergerak, berlari, jalan-jalan. So, tengok sekejap-sekejap je.
NEXT. MONKEY ISLAND.
On the way nak ke MONKEY ISLAND naik rakit.
Yang ni paling best! Nampaklah dedua terujaaa!
Ibu stress tudung sengett sengettt!
Sampai Monkey Island, ketibaan kami disambut oleh segerombolan kambing yang kelaparan. Dasyat kambing ni macam setahun tak makan. HUHU. Datang MONKEY ISLAND nak tengok monyet, monyet semua tidur. So, pasni tukar nama lah jadi KAMBING ISLAND. Kekeke ;p
Hari kedua yang sangat meletihkan. Malam tu dugaan sungguh tetiba handphone rosak taleh charge langsung. Memang spoil the mood lah orang kata. Malam tu gigih pergi pekan Tampin beli handphone baru. Alang-alang cari tempat makan. Kitorng makan Marry Brown dekat Mydin Tampin. So, kebetulan ada kedai handphone. Tak pasal-pasal dapat handphone baru. HIHI. Alhamdulillah. Rezeki bermusafir gituuu.
HARI KETIGA. WATER THEME PARK.
Last day, kitorang pergi water theme park. Pun tak lama jugak, adelah sejam dua. Hafiy dah merengek nak tidur. Main sekejap je dekat kids area tu. Beli pelampung mahal-mahal tak pakai pun. Bawak balik buat hiasan kat rumah. Sebiji pelampung tu RM40.
Mula-mula nak sedekah je kat orang lain. Tapi orang lain pun dah beli sendiri-sendiri punya. So, tak jadi nak bagi kat orang.
Habis kat water theme park, balik hotel mandi-mandi and siap-siap nak checkout. Checkout lambat kena denda okayy. Mahal pulak tu. HAHAHA.
Sebelum balik Selangor, singgah Pantai Klebang jap, makan-makan, cari Coconut Shake and kuih keria limbungan.
Banyak je aktiviti menarik boleh buat dekat Pantai Klebang ni. Selain bergambar, main layang-layang, makan-makan, ade horse riding jugak. Nampak ade 4 ekor kuda macamtu. Bolehlah bersiar-siar kat tepi pantai naik kuda. Kalau nak naik kuda atas jalan pun boleh jugak.
Kalau untuk makan pulak, haritu kitorang makan lamb chop, fries, kuewtiaw goreng, otak-otak, sata. Pastu kat situ ade keropok lekor, makanan bergoreng, pisang goreng, nasi lemak semua ade. Coconut shake? Bersepah! Nak yang ori, yang tiruan semua ada. HIHI. Pilih jeee!
So, begitulah kisahnya 3 hari 2 malam di MELAKA. Nice place to visit. Nice place untuk jalan-jalan cari makan. Banyak sebenarnya tempat makan yg kitorang tak dapat nak check in. Asam pedas claypot, cucur udang alor gajah, mee bodo and macam-macam lagilah.
Kesimpulannya, MELAKA BEST!
Sekian. Moga entry ni bermanfaat.
Salam Sayang.
NURUL
0 ORANG KRITIK:
Post a Comment