Nurul Sayang Kamu: Dah Mati Barulah Menyesal

Dah Mati Barulah Menyesal



Agaknya sudah menjadi lumrah manusia ni akan lebih menghargai diri seseorang insan itu apabila insan tu telah tiada lagi atau dalam erti kata lain..pergi menghadap Illahi..tidak kiralah insan yang menjadi tetamu ALLAH itu ahli keluarga, ibu, ayah, adik, sahabat handai..pasti terdetik di hati.."menyesal dulu time arwah ada kita tak selalu balik.." ataupun "sedihla..teringat arwah pesan kat kita suruh tengok-tengokkan adik.." ataupun " dulu masa arwah ada, tak pernah pun kita nak hargai perasaan dia..ape yang dia nak kita tak pernah nak endahkan.." atau yang ini " tulah, time arwah ada dulu, tak pernah pulak nak jaga makan minum die..dah takde nie baru nak menyesal.."



Pasti ungkapan-ungkapan ini sering berlegar-legar di fikiran tatkala insan yang disayang pergi buat selama-lamanya..adakah ini suatu penyesalan yang benar-benar lahir dari lubuk hati insan bernama manusia? atau hanya sekadar perasaan yang singgah sementara ketika mendengar berita kematian insan tersayang..apa yang pasti..kita sebagai manusia memang tak pernah cuba untuk menghargai insan-insan yang ada di sekeliling kita ketika hayatnya..



Contohnya.seorang anak yang menganggap panggilan telefon daripada ibunya yang menyuruhnya pulang ke kampung untuk menjenguknya hanya sekadar buang masa..pernah tak anda terfikir yang panggilan telefon itu adalah mungkin panggilan telefon yang terakhir daripada ibu anda??



Contoh lain apabila seorang sahabat yang meminta maaf atas kesalahannya yang tak seberapa daripada kamu tetapi kamu tidak mengendahkannya malah kamu ego!!..dengan menganggap kesalahannya umpama dosa yang tidak boleh diampunkan lagi..



Dan apabila seorang isteri/suami meminta kepada pasangannya agar hajatnya dipenuhi tetapi kamu menyatakan kepadanya " kamu ni ade-ade jela..nak itu nak ini..ape lagi yang tak cukup?" Pernah kamu terfikir yang permintaan mereka itu adalah permintaannya yang terakhir?? tiada lagi permintaan darinya selepas ini..


Inilah manusia..tidak cuba belajar untuk menghargai malah berlumba-lumba untuk menyakiti..masing-masing ego!!..leka dengan dunia sendiri..tidakkah ada ruang untuk secuil daging bernama hati..dijaga dengan rapi..sebelum mata tertutup serapat-rapatnya nanti..


p/s: hargailah insan yang berada di sekeliling anda..=)

4 ORANG KRITIK:

meera^da cute..*_* said...

yep2..kite kene hargai apa yg kite ade...thanks sbb ingatkan..

B.E.R.Y.S said...

welcome!! =)

EatUrMusicX said...

haa, ni pokcik nak cakap! sebab tu la kite diharuskan datang ziarahi jenazah, supaye ad keinsafan dalam diri! berbalik kepada kes ko, ko dah menziarahi mane2 saudare mare yang sudah tiada? bak kate nabil~~ :P

B.E.R.Y.S said...

baiklah pak cik ooii..huhauhauuaa..=)