Nurul Sayang Kamu: Peragut Bukan Berani Pun!!

Peragut Bukan Berani Pun!!

KUALA LUMPUR: Gara-gara ketakutan, seorang peragut terkencing dalam seluar sebaik terdengar tembakan amaran dilepaskan anggota polis ketika dia cuba meloloskan diri selepas menyamun mangsa, semalam.

Difahamkan, suspek terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri kerana ditinggalkan rakannya yang menyedari kehadiran pihak berkuasa di kawasan berkenaan.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di Jalan Kepong di sini, suspek bukan saja cuba menyamun seorang wanita berusia lewat 20-an, malah turut memukul mangsa menggunakan topi keledar.


Namun, nasib suspek menjadi malang apabila rakannya yang menunggu di atas motosikal berhampiran kawasan berkenaan memecut meninggalkannya sebaik menyedari kehadiran dua anggota polis.


Menurut sumber, suspek yang panik melarikan diri kira-kira 50 meter, namun dikepung anggota polis terbabit yang menerima bantuan orang ramai.


“Akibat terdesak, suspek terjun dalam longkang kira-kira setinggi lima meter,” katanya.

Sumber berkata, suspek berlari dalam longkang itu, namun terhenti selepas terdengar satu tembakan amaran dilepaskan seorang daripada dua anggota polis berkenaan.


“Sebaik kedua-dua anggota polis berkenaan menghampirinya, suspek menggigil sebelum terkencing dalam seluar,” katanya.


Suspek dibawa ke Balai Polis Kepong di sini, untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

-sumber dari mymetro-


1 ORANG KRITIK:

escapade said...

selagi mane lelaki seorg manusia.. die tidak akan terlepas daripada sifat2 tersebut.. dan perempuan jg mempunyai kelemahan2 tertentu..
setiap kelemahan lelaki dilengkapi dgn kelebihan perempuan.. dan begitu sebaliknya..