Suatu kisah
 Kisah benar belaka
 seorang pemuda dalam pencarian
 Mencari pemilik rusuk kirinya
 Sudah bertahun bersendirian
 Muncullah calon yang entah ke berapa
 Seperti biasa
 Diusulkan bonda tersayang
 Bukan calang-calang calon yang diusulkan
 Lulusan universiti Timur Tengah
 Menghormati permintaan si anak
 Yang mahu pendamping solehah
 Sejuk mata memandang
 Bertudung labuh litup
 Pandai berbahasa Arab
 Pendek kata tip top!
 Si pemuda mulakan istikharah
 Hampir berminggu
 Setelah meneliti gambar
 Mula mencari maklumat
 Sebelum sesi taaruf bermula
 Si pemuda menjenguk ke web
 Laman Friendster kegemaran ramai
 Yang kini mungkin Facebook
 Satu keajaiban!!!
 Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
 Tiba-tiba tergamam
 Si gadis masih anggun
 Bertudung labuh litup
 Namun, bergambar sakan
 Aduh!
 Terkejut bukan kepalang
 Calon solehah direject tanpa ihsan
 Bukan menjadi pilihan
 Kerana gambar ditayang
 Dengan penuh sakan
 Pemilihan terbatal
 Dia pernah berkata
 Perempuan cantik itu
 Tidak memandang dan tidak dipandang
 Perempuan cantik itu
 Tidak mengenali dan tidak dikenali
 Perempuan cantik itu
 Tidak menegur dan tidak ditegur
 Akhirnya
 Solehah kempunan calon soleh
 Merayu untuk dipertimbangkan
 Tapi sayang sekali
 Si pemuda tetap
 Tidak berganjak dengan keputusan
 Wahai Muslimah
 Aku dan kamu
 Mari mempelajari, mencontohi
 Watak-watak wanita salafussoleh
 Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
 Kerana wanita solehah itu
 Lebih baik daripada
 seribu lelaki yang tidak soleh
 p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...
 Wahai muslimah marilah mengambil iktibar,
 jadilah muslimah sebenar,
 jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
 sampaikanlah pada sahabat2 kalian
 sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini
 Terima Kasih kepada penulis puisi ini.
Jadi, hargailah anugerah kecantikan yg Allah kurniakan..hati juga perlu baik.. bukan sekadar luaran (sekali lg peringatan utk diri sendiri juga)..simpanlah gambar-gambar cantik, cun, manja, comel anda itu seelok2nya.Sebab gambar-gambar itu membawa sejuta tafsiran... lets think deeply about it..!!!
 Thanx also to my dearie..byk menyedarkan diri ini.. (@_________@)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 

 
 
 
 
 
 
 
6 ORANG KRITIK:
pergh =)
so...jd la mcm aku...jelita tp simpan je
ngahahhaahahhahhah
errr..errr...errr..
alamakk~
bagus..teruskan..=)
anes: erm erm erm....~
betul..betul...heheheh..
terus delete pic2 ko kat tepi nih.. siapa la dearie tuh...nk gak jumpe..hehehe
mizbutterfly: ye, sebenarnya benda nie dah tahu cume kesedaran tue yang tak muncul-muncul..
my dearie? insyaallah satu hari nanti..akan dikhabarkan..dengan izin-Nya... ;p doakan yang baik-baik ye???..=)
Post a Comment