Nurul Sayang Kamu: Selepas Berkahwin

Selepas Berkahwin

Assalamualaikum semua! Baru nak muncul nih! Hehehe. Million apologize to those who have been waited for my entry. Kikiki. Ade ke? Alhamdulillah, marriage life getting awesome and awesome! Ihiks!


Sejak kahwin ni, aku cuba kurangkan obsesi aku terhadap dunia maya. Kurangkan facebook, kurangkan blogging. Kurangkan menggoogle sebab aku ni jenis sikit-sikit mesti nak google. Sampaikan haritu aku teringin nak makan cempedak goreng. Aku pun dengan gigihnye pergi menggoogle image cempedak goreng. Paaaap! Keluar gambar cempedak goreng! Yang paling best, bila mak mertua aku terus buatkan aku cempedak goreng 30 ketul! Mak mertuaku, mak mertua paling cool kat dunia yang fana ini! I love you lah mak! Hehe.


Sekarang, my priority is my husband. Apa-apa nak buat mesti tanya suami dulu. Nak upload gambar kt facebook pun aku mesti nak tanya dia dulu. Boleh ke tidak nak upload gambar ni, gambar tu? Sebenarnya suami tak cerewet sangat pun, aku je yang mengada lebih nak tanya. Hehe. Baikkan aku? Takde nak buat sesuka hati. Chewah! Tapi kesian pulak dekat suami, asyik nak kene jawab “Ya”, ‘tidak”, “boleh”, “tak boleh”. Nasib baik tak jawab “suka hati kaulah jaaahhh!”. Nampak tak, punyelah penyabar sang suami.


Aku juga sedang belajar untuk meng”eksklusifkan” kehidupan aku selepas berkahwin supaya tidak terlalu “over-expose” pada dunia luar. Yang sweet-sweet, yang romantika- romantikus tu semua aku cuba patenkan menjadi hak cipta terpelihara hanya untuk tatapan aku dan suamiku. Pada aku bukanlah tak boleh, nak-nak kekasih halal kan, cumanya jangan terlalu over sangat nanti orang jadi muak dan mual. Mulalah si pendengki, si pengkhianat, si joyah, si bedah bedebah dan haters tegar mencaci-cacing anda dan suami. Nanti tak harmoni pulak rumahtangga kan kan kan?


Sebabnya aku cuba belajar meletakkan diri aku di tempat orang lain. Kadang-kadang aku pun naik muak jugak dengan gambar romantis laki bini yang terlalu over dipaparkan di facebook.  Yang paling menyedihkan bila mana gambar isteri yang tidak menutup aurat dengan sempurna ditayang dengan bangganya! Dimana peranan suami ketika itu? Aku pun tak cukup alim lagi untuk berbicara soal aurat dan agama tapi aku rasa kita tak perlu tunggu menjadi sorang alim ulama untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar.



Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-istrimu , karena sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."



Macam tu jugaklah aku fikir apelah yang orang lain fikir kalau aku ter”over-expose” tentang pasangan hidup aku yang aku pasti semua orang pun ade pasangan hidup masing-masing dan melalui proses yang sama macam semua orang. Semua orang sayang kat suami/isteri masing-masing. Tak dinafikan. Tapi tulah.  Jangan OVER-EXPOSE sangat.  Aku nak tulis pun serba salah sebabnya aku ni bukan ikon yang baik pun untuk dijadikan contoh, banyak sangat kelemahan aku di sana-sini. Ni aku cakap siang-siang, sebab takut-takut nanti ade orang pertikaikan pule ape yang aku tulis ni. Ni cuma pendapat random aku je taw! Jangan report polis pulak! Hehehe ;p  Entahlah, rase terpanggil pulak nak menulis entry sebegini rupa.


Dah masuk 3 bulan usia perkahwinanku, pergi mana-mana je semua orang keep asking about BABY! Siap tolong usap-usapkan perutku lagi. Heee. Oh yeah! InsyaAllah, BABY on the way! Hihi. ;p Semua orang pesan jangan duk merancang untuk first baby, takut-takut susah nak dapat. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan rezeki kami suami isteri untuk FIRST BABY! Amin-Amin ;) Semua orang tolong doakan yeah?


Cakap pasal raya, rasanya belum terlambat kot untuk wish Salam Aidlfitri, maaf zahir batin kat korang semua! Tahun ni first raya together, Pagi raya pertama dekat Banting, petang raya pertama dekat muar! Tahun ni memang lainlah. Seronok! Hehehe. Siapkan kelengkapan suami, best! Lucu pun ade jugak. Time packing baju nak balik muar, time tu tetiba jadi blur, blank! Sebab tak pernah balik kampung! Hehehe. Tak tahu nak packing apa. Last-last bawak je semua yang ada masuk dalam bagasi! Kihkihkih. Katil dengan almari je tak bawak! Hihi.




Gambar Pagi Raya Pertama ;)


Okaylah, cukup dulu sampai sini. Nanti kalau ade mase kita story lagi. 

Wassalam. :)



8 ORANG KRITIK:

Fienazzuki said...

Isteri mithali
Semoga berbahagia hingga JANNAH
So sweet!

mizzbutterfly said...

ouhh my...nurul...sangat perasan kau jarang online...dan firasat aku benar mmg ko nak jaga hak ekslusif ko..time nampak ko n safiq...time wedding faz ri tu.nmpk sgt ko bahagia...huahuahau aii is jeeelllleeessshhh...
doakan aku cepat ikut langkah kau... :)
and cepat dapat baby yek nurul n safiq :)

Unknown said...

tahniah banyak-banyak-banyak.. Semoga cepat2 timang anak banyak-banyak. Ahaks!!

Selamat Hari Raya.

Anonymous said...

salam nurul
sesungguhnya betul sgt ape yg nurul tulis, kite pun setuju and kita sangat happy bagi pihak nurul (cakap ikhlas dar hati ni)...tahniah, moga terus pelihara keeksklusifan rumahtangga. love love love you!
moga rumahtangga nurul sentiasa dikurniakan sakinah(ketenteraman), mawadah(kasih sayang) dan rahmah(rahmat).

Anonymous said...

betul betul betul.

jangan lupa cukupkan aspek batin supaya dua-dua gumbira dan dilindungi dari bisik-bisik syaitan.

normal nya 5 kali seminggu.

wallahuaklam.

selamat berbahagia. semoga murah rezeki lepas kawen.

LaDy DeLLaZ said...

phewitttt!

welcome to the club dear~ :)

leh kot blogging as long as xde kne mengena yg terlalu over dgn rumah tangga kita.. setakat share resepi, diy, akak rasa no prob at all~ ngeeee!

best kn balik kg? hiksss... <3

cik dila said...

Dayahhh! Awak nampak dah berisi sikit. Dulu masa wedding kurus gilaaa. Dah byk mkn ke cemana? Hiks..

Moga bahagia till Jannah. InsyaAllah ada rezeki dapat la baby. Doa yang baik2 je utk korang dua. :)

Zinedine Zaiddin said...

Uii baguihnya kome tanya dulu izin suami.

Ekceli dun worry. Suami hang mst suka punya kalau hang mintak izin dulu. Tu tandanya hang respek dan uphold dia sebagai suami hang.

Baguih2, teruih kan!

From: Bila Karipap Boleh Bercakap