Nurul Sayang Kamu: Al-kisahnya...

Al-kisahnya...

Kisahnya begini. Kalau ade yang perasan (ke takde yang perasan? hehe), dulu aku macam aktif sangat buat online business, join event sane sini, bukak booth di merata daerah (cheh! daerahlah sangatkan?). Macam-macam benda aku jual. Baju, tudung, al-quran pelangi, pillowish, pin tudung, cakes, cookies, doorgift & macam-macamlah.

Seronok? Memang seronok sebab semua tu benda yang aku minat. Ade orang cakap aku gigih buat macam-macam benda. Tak penat ke? Okaylah. Aku nak bagitahu yang aku sebenarnya tak gigih mane pun. Aku penat taw tak buat semua tu. Tapi satu benda yang aku belajar, aku percaya rezeki tu Allah yang bagi, bukan manusia. Kalau aku duduk goyang kaki semata, takde benda yang berubah. Dalam Al-Quran pun ade sebutkan?


إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah suatu kaum sampai mereka mengubah diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'du:11)


Aku puas hati sebab semuanya aku mula sikit-sikit, dengan modal yang sikit, usaha yang mula-mula pun sikit hehe, lama-lama aku jatuh cinta dengan semua ni. Cuma lately ni aku macam slow down sikit. Bukan takde semangat ke ape, tapi hehe sebab hormon ibu mengandung kott. Aku jadi macam malas sikit. Isk isk isk. Dengan kerja dekat ofis lagi (aku sekarang kerja dekat company construction, semua benda nak cepat, semua benda nak perfect, semua kerja nak WOW! Tapi aku suka tempat kerja aku yang sekarang! Hehehe), jadinya boleh dikatakan banyak juge halangan untuk aku bergiat aktif dalam dunia business. Hoho


Eh, tapikan!


Sekarang dah ade mood balik dah!


Tengok, siap buat clearance sale lagi! Yang belum like, bolehlah ke page NSK Couture! Kita baru update untuk clearance sale dengan design baru! :)



Clearance Sale!! (Click Here)
*****
Kat bawah ni pulak antara design baru yang ade dekat page! Semuanyaaa sweetsssss, special untuk anda! :) Boleh pm laju-laju sebab very limited pieces. Sapa cepat dia dapat!



Bawal Exclusive (Click Here)


Kos sara hidup sekarang dah tinggi. Sana sini barang naik. Sana sini orang mengeluh. Tapi bila fikir-fikir balik, apa guna mengeluh. Takde sapa nak tolong pun kalau asyik mengeluh. Kalau satu keluhan tu jumlahnya satu ribu ringgit, tak mustahil untuk tidak mengeluh. Hehe. Logik kan?
Lagi satu, jangan hirau sangat apa orang nak kata, orang kutuk-kutuk ke, pandang rendah ke, pandang pelik ke, biar je! Hello! Mereka yang mengata dan mengutuk tu tak menyumbang satu sen pun ke dalam akaun maybank kita. ;p Ignore je. Yakin rezeki tu Allah bagi. Yang penting usaha. Doa. Amalkan bace Surah Al-Waqiah, niat dalam hati Allah akan bagi rezeki, jangan risau! :)
Eh eh, rasa macam penceramah motivasi pulak dah. Heee.
Cukup dulu sampai sini. Sapa-sapa ada info atau cerita yang boleh memberikan inspirasi bolehlah share! Atleast bermanfaat. :)
Sekian. Gudnite!

3 ORANG KRITIK:

Ain Rozman said...

Salam Nurul,

All the best NSK Couture.

Semoga maju jaya. :)

chikun said...

salam,

ade jual al-quran pelangi ke?
ada org bagi link ni..
kalu area kl, bole saya dtg time keje..

tq..

N U R U L said...

Ain : Thanks Ain! :)

Chikun : Wassalam, nurul ade jual al-quran pelangi. Tapi nurul stay di bangi. Harga Al-Quran Pelangi RM 100, free postage.

Boleh email ke hidayahmatsaleh@gmail.com ataupun whassap 010-2177 111