Mengikut kiraan Puan Doktor, 14
March 2014 due date bersalin aku. A week before deliver tu, mak dtg stay kat
bangi yelaaa kot-kot terbersalin awal ke so mak ade bolehlah tolong. Lagipun
time tu husband dah seminggu sakit kepala kesan cabut gigi. Perasaan time tu
campur-campur. Nevesss adee, happy adee, excited adee. Macam-macam. Yang
penting tak sabar sangat nak jumpa baby!!!
13 March 2014
Malam tu sembang2 dengan mak,
share pasal bersalin, pasal tanda2 nak bersalin. Aku dah risau sebab due date
esok tapi aku still takde tande nak bersalin. Sakit-sakit pun takde. Macam
happy je bawak perut ke sana ke sini. Rasa macam ade berbulan-bulan lagi due
date. Padahal esok! Hehe
14 March 2014
Pukul 1 pagi aku rase sakit perut
macam nak poopoo. Hoho. Pergi toilet, bertapaa lamaa jugak kt toilet tapi tak
poopoo jugak. Keluar toilet then sambung tdo balik. Selang 10 minit sakit perut
lagi. Sakit mcm senggugut tu. Dalam hati dah rase yeaaahhh nak bersalin dah ni.
Kejut husband bangun cakap sakit perut. Husband ajak g hospital tapi aku cakap
taknak. Haha. Aku confident cakap sakit perut nak eyark! Cirit birit! Pastu aku
pun sambung tdo balik. Tiba-tiba sakit tu datang balik. Puas dah aku pusing
kiri pusing kanan nak lelapkan mata tapi tak boleh jugak. Husband cakap jomlah
kejutkan mak, kita pegi hospital. Aku cakap takpelaa kite tunggu lepas subuh.
Makin lama sakit tu makin kerap.
Aku tengok jam dah pukul 5 pagi. Jiwa kental jugak aku ni tahan sakit sampai 4
jam. Pukul 5 pagi tuh macam dah tak tahan sangat2. Aku pasrah, kejutkan mak,
cakap kat mak sakit perut nak bersalin dah ni. Rupenye mak tak boleh tido sebab
perut mak meragam, tak sedap katenyee. Mak pun rase tanda2 nak bersalin jugak
rupenye!!! Hebatlah mak kiteee! Kite geng! Gimme five! Ahaaa ;p
Pukul 5.30 pagi : Tengah
sakit-sakit tu sempat lagi mandi dengan gembiranya! Hehe. Dah siap mandi semua,
ambil barang pastu gerak ke Hospital Pakar Annur. 5 minit dah sampai!
Sampai-sampai je husband pergi register, aku pulak nurse terus letak kat labour
room. Gaya aku sakit macam bukaan dah 10cm. Hehehe. Bila cek baru 1 cm. Ade
lagi 9cm nak tunggu.. Fuhhh! Memang mencabar keimanan betul. Nurse offer nak
epidural tak? Aku ckp taknak! Eksyen kemainn kauu! ;P
Husband kat sebelah bacakan
Yassin. Tolong urut pinggang sikit. Mulut aku tak berhenti zikir, sebut Allah
Allah Allah…, sakitnya Ya Allah… tak tahu nak cakap! Lepas cek bukaan nurse
masukkan ubat untuk poopoo. Dalam bape saat terus aku berlari-lari ke toilet.
Chewah, berlari sangat padahal toilet sebelah katil je. Kat dalam toilet aku
cakap sorang-sorang “ kejap lagi kita jumpa yea baby! Keluar dengan cepat mudah
selamat!” pastu senyum depan cermin dalam toilet. Hoho. Teknik motivasi diri
paling berkesan tuu! Kekekeke
Pukul 8 pagi, nurse datang
hantarkan sarapan. Hot chocolate dengan roti planta dua keping. Tengah-tengah
contraction tu memang tak lalulaaa nak makan. Aku minum je, alas perut
takut-takut nanti takde tenaga nak meneran. Setengah jam pastu, Doktor pulak
datang cek bukaan. Baru 3 cm. Huuuuuu, lame lagi nak tunggu 10cm. Aku menahan
contraction sampai bergegar-gegar katil time tu. Memang sakit! Sakit
sangat-sangat. Sakit macam senggugut darab 20 juta kali sama dengan sakit
bersalin. Tapi bila difikir-fikir balik, takpelaaa ni semua penghapus dosa.
Bila bukaan 4cm aku mengalah, dengan muka innocent aku cakap kat nurse, “nurse
saye nak epidural!” Tulaaa, tadi eksyen kemainn.. Haha. Time tu husband takde,
mak pulak ganti jaga aku kat sebelah. Aku dah janji kat husband taknak ambil
epidural! Jimat! Sebab ape aku kate jimat? Sebab epidural dekat private
hospital cost die RM700-RM1000. Boleh dapat handbag coach sebijik! Hoho. Aku
suruh mak call husband cakapkan yang aku nak epidural. Bila husband dengar
suara aku mengerang kesakitan, dia cakap ok! Dia kata tak sanggup dengar aku
kesakitan! Buatlah apepun asalkan selamat dua-dua. Heee. Terharu pulak kiteee!
;)
Lepas nurse inject epidural, time
tu dah pukul 12 tengahari. Husband tengah lunch kalau tak silap. Pastu
siap-siap nak pergi solat Jumaat. Yang bestnya beberapa minit lepas cucuk
epidural, bukaan terus 9 cm! Yeehuuuu!! Nak bersalin dah! Tak rase sakit dah
time tu. Sebab epidural kot. Bestnyaaaa! Nak jumpa baby! Doktor pun dah ready
nak sambut baby keluar! Cukup 10 cm, masa tu memang dah tak tahan nak meneran,
husband tiada di sisiku.. Uhuuuhuu.. Sedih pulak.. Bila Doktor cakap push, aku
pun dengan sekuat hatinyaaa pusssshh!!! Doktor jerit “Your baby is coming
out!!! Good job!!”
Ade 4 orang nurse kanan kiri
cakap “Tarik nafas…pusshhh!” “Tarik nafas...pussshh!” Meriah pulak aku rase kat
labour room time tu. Wakaka! Bila kepala baby dah keluar, rase legaaaaa! Aku
pushhh lagi sekali terus meluncur laju baby keluar! Fuhhhh! Alhamdulillah,
tepat 1.45pm lahirlah puteri sulungku Hannan Annisa’ Binti Muhamad Syafiq. Jauh
kat sudut hati, rase sedih pulak sebab husband tak dapat teman dalam labour
room sebab die tengah solat Jumaat. Masa nurse letak baby dekat atas perut, aku
mampu cakap Ya Allah, anak ibu…Sambil menangis teresak-esak. Ececehh..Doktor
suruh cek tuutt baby, girl ke boy? Aku pun cek tuutt baby, baby girl!!!
Alhamdulillah. Masa lahir tu aku tengok baby aku ni gendut semacam, issshh
macam 3.7-3.8kg je ni..sekali timbang 3.4kg. Berat jugak baby ni. Patutlah
perut besar sgt mase ngandung. Hoho.
Gambar Hannan mase
umur die 3 hari. Kuat menyusu die ni. Ish3. ;p
Hannan umur 20 hari.
Pipi die tuuu macam pauuuu goreng! Nyumssss!
Yang ni mase Hannan
30 hari. Dah pandai celik mata.
Kalau tak asyik tidur je anak ibu ni.
Hannan main dengan
ayah. Sehari tak dengar suara ayahnye, mulalah merengek-rengek. Hurmm. Anak
ayah betul Hannan nih! ;p
Hannan umur 41 hari.
Dah pandai posing depan camera! Die mcm phm je bile kita nak snap gmbr die.
Macam-macam gaya die buat!
Baru faham sekarang macamane rasenye ade anak. Hati mak-mak ni automatik jadi macam fragile, sensitif je kalau melibatkan anak. Lagi berape hari je lagi nak masuk keje. Rase macam sedih pulak nak tinggalkan hannan pergi keje.
Tsskk. ;(
Ok, bye.
4 ORANG KRITIK:
Comelnya hannan. Sebijik muka syafiq. Mcm cika dulu pun bsalin kt annur, baby kuar ari jumaat. Lps solat jumaat. Haha. Geng!
comelnyer...tahniah yer...anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...
congrats! kiut baby dah la rambut lebat.. hehe :)
Alhamdulillah...Comel n kiutnya baby..Meh cubit2 pipi skit...
Post a Comment