Nurul Sayang Kamu: Cerita Hannan

Cerita Hannan

Assalamualaikum. Diam tak diam dah bulan Oktober dah. Dah nak hujung tahun. Paling tak sedar, dah berbulan-bulan takde story kat blog ni. Mintak maaflah. 6 bulan yang sangat sibuk. Yela, dah masuk kelab mak-mak ni. Mane nak cukup tangan ngadap belog 24 jam macam dulu-dulu. Nak pegang anak, nak masak, nak sidai kain, nak tukar pampers anak, mandikan anak, tidurkan anak. Fuh! Rasakan! Kekeke ;p Tu belum masuk part ayah kepada si anak. Eh? 

Serius rasa kagum dengan diri sendiri sebab kuadddd semangat nak buat semua tu. Akulah isteri, akulah mak, akulah supermommy wahaha! giteeww kau! Sekarang Hannan dah besar, dah masuk 7 bulan. Dah boleh buat kawan. Dah boleh merangkak, dah boleh duduk, main sendiri, boleh cerita-cerita. Kalau dulu asyik tidooo je. Sibuk kita suruh die bangun main dengan kita. Sekarang lain pulak. Sibuk suruh anak tidur, asyik main je taknak tido. Kita yang ngantuk tersengguk-sengguk. Padan muka kita! 


 Hannan masa umur 4 bulan
Bila keluar pergi mana-mana, semua orang cakap Hannan ni baby boy. Kita stress taw! Reben dah pakai atas kepala, baju dress kaler pink bunga-bunga. Stokin pink lagi. Haih! Celah mane boy nye tell me pelisssss??? Aku tahu ade mak-mak kat luar sane yg rase same situation mcm aku kan kan? Terasa nak pakaikan anak name tag. Kikiki


Atau mungkin pakai tudung? Hmm hmm




 
Yang atas tu gambar raya Hannan. Baju Raya Hannan paling banyak, 6 pasang. Pheww! Melaram habis kau nak. Ibu dengan ayah sepasang dua je. Tapi takpe, sebab Hannan kan first time beraya, kita kasi chance laaa. Tahun depan beli kebaya nyonya pulak, jubah calaqisya, peplum, kurung moden lagi apaaa lagi nah senaraikan! Tu belum kasut dia, headband dia. Nasib baik belum pandai mintak handbag. Ahahaaa



 Aktiviti sekarang :

Buat sepah itu mesti. Kita kemas die punggah. Kita punggah dia punggah jugak. Mulelah ibu nyanyi lagu frozen, let it go..... let it go.....




Disebabkan Hannan dah merangkak sekarang ni, ibu & ayah adelah orang paling penat di dunia! Sekejap je hilang! pergi dapurlah, main depan toiletlah, masuk biliklah. Main suis, main wayar. Fuuuhhhh! Mencabar keimanan! Yang bagusnye sebab tu semua learning process die. Bagus jugak sebab bagi ibu ayah buang lemak kejap kejap lari cari anak hilang. Kihkihkih. 

Paling tak tahan bila waktu malam terjaga tengok Hannan takde kat sebelah. "Mana anak akuuu????" Tengok-tengok tengah main dengan gembira di suatu sudut rumah. Wah wah, kemain lagiiiii..






Cukup sampai sini dulu kot. Nanti kalau ade mase kita cerita benda lain pulak. :) Tengah plan untuk buat birthday party Hannan next year! Tak sabarrrrrr! :)

Sekian, wassalam.



0 ORANG KRITIK: