Ini cerita 4 bulan lepas. Hihihi. Masa ni Hafiy baru dua bulan lebih. Habis pantang terus jalan jauh sampai Terengganu. Kemain lagi kan? Alang-alang suami ada kerja kat Unisza, isteri dengan anak-anak pun ikut tumpang "outstation". Hehehe
Dekat Terengganu 3 hari dua malam. Kitorang stay dekat Dara Inn Beach Resort. Betul-betul kat tepi Pantai Teluk Ketapang. Dekat sangat dengan Airport. Tapi kitorang pergi naik kereta, bukan naik flight pun.
Ramai kengkawan suggest tempat yang best kat Terengganu ni tapi tula, memang tak sempat nak pergi semua. Bawak si kecik Hannan & Hafiy ni agak renyah sikit. First time travel dengan dua baby. Banyak nak kene concern tentang diorang ni. Waktu tidur, waktu merengek. Hehehe.
Ni pun dah ingat-ingat lupa sebab baru sekarang nak update. Hihi. So, kita cerita mana yang ingat jela. Asalkan ade kenangan sikit nak bagi anak-anak baca satu hari nanti.
Morning view from Dara Inn Beach Resort. Murah je resort ni. RM 80/night. Selesa untuk family. Toilet besar. Boleh mandi 4 orang skali. Hehehe
Yang paling gembira tak lain dan tak bukan Cik Hannan kite!!! Kawasan luar resort lapang sangat. Bolehlah nak buat bbq kalau datang ramai-ramai.
Minum air milo dekat playground depan resort. Hannan memang pantang nampak playground. Datang jauh-jauh sampai Terengganu, yang dicarinye playground.
*******
Pantai Teluk Ketapang
Pagi-pagi dengan tak mandinya terus siap-siap nak pergi Pantai Teluk Ketapang kat depan resort. Hannan suka pergi pantai. Boleh main lari-lari. Ibu dok jaga Hafiy je. Mampu tengok je dari jauh Hannan dengan ayah main kat tepi pantai. Time ni takde orang langsung. Pukul 7.30 pagi lebih kurang. Semua orang tidur lagi. Haha
*******
Kampung Cina
Tempat wajib pergi kalau sampai Terengganu. Kampung Cina. Untuk ambil gambar berlatar-belakangkan background yang menarik. Tak sempat ambil kat semua tempat sebab parking jauh. Penat nak jalan. Hehehe.
******
Masjid Kristal
Paling teringin nak jejak kaki kat Masjid Kristal ni la. Kot-kot dapat sebutir dua kristal nak bawak balik. Kaya kaya! Hehehe. Dalam masjid sejukkkk sangatt! Luar masjid cantik. View cantik.
*****
Muzium Negeri Terengganu
Keluar dari Masjid Kristal, ternampak pulak muzium ni. Alang-alang dah sampai kita singgah sekejap. Nak masuk bayar RM5 untuk dewasa. Hannan & Hafiy free je takyah bayar. Muzium ni besar sangat ya ampunnn tak larat nak tengok semua!!!! Pergi yang mana larat je. Huhuhu. Anak jati Terengganu mesti ade yang tak jejak lagi kan kat muzium ni.
******
Funland (Rabbit & Tiger Bee Farm)
Funland kat sebelah Noor Arfa Batik. Nak masuk kene bayar RM5 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah tiga tahun free of charge. Aktiviti yang boleh dibuat kat funland ni bagi makan kat arnab. Boleh pegang arnab, sayang-sayang dengan arnab, boleh kejar-kejar & selfie dgn arnab. Hehehe. Ade jugak sarang lebah untuk buat madu. Tapi kitorang tak masuk. Tengok je dari luar.
Kat ruangan kedai funland ade jual pelbagai jenis madu asli & macam-macam toys arnab dari yang saiz secoet sampailah sebesar-besar alam. Pilih je mana yang berkenan di hati.
*****
Noor Arfa Batik
Last day before balik Selangor, singgah Noor Arfa Batik. Asalnya nak tengok orang mencanting batik. Sekali datang, ade sales pulok dah! Maka dengan tiba-tiba jadi rambang mata. Sempatlah borong kain batik 6 helai, kain pelikat 7 helai & batik kaftan sehelai. Batik kaftan yang harga ratus-ratus tu diorang jual RM79 je. So, kita pun bodeklah suami sikit. Hahaha.
Kalau nak belajar mencanting batik pun boleh. RM12 untuk satu corak batik. Ade assistant yang akan ajar mcmane nak campur warna & mcmane nak start mewarna. Best jugak. First time dalam hidup ni mencanting batik. Hehehe
Sekian cerita 3 hari dua malam di terengganu. Cerita pasal makan takde. Sebab tak singgah pun kat Warung Pok Nong tu. Just makan ikan celup tepung dekat resort je. Next time InsyaAllah kalau ada rezeki.
Ok. Bye!
0 ORANG KRITIK:
Post a Comment