Nurul Sayang Kamu: SOLAT vs ANAK

SOLAT vs ANAK

Aku yakin 100%, rata-rata mak mak yang ade anak kecik mesti ada masalah dgn waktu nak solat. Samelah macam aku. Waktu nak solat tulah macam-macam "drama" yang tidak diingini terjadi. Contohnya anak nak berdukunglah, merengeklah, nak makan, nak susu, nak main. Waktu lain tak pulak gitu. Hehehe. 


Paling mencabar sekali waktu tengah solat. Time ni Hannan paling suka main telekung ibu dia. Mula-mula selak sikit, pastu masuk dalam telekung, bebel-bebel seminit dua pastu dia tarik tarik pulak telekung. Tarik kuat-kuat pulak tu. Habis senget-senget. Tercekik pun ade ibunye. Hahaha. Dah puas tarik dia lilit-lilit pulak. "Kita bungkusss ibu macam mumia!!" Camtulah lebih kurang imaginasi dia. Hahaha. Khusyuk solat pun lari bertempiaran entah ke mana. Tak tahu nak marah ke nak gelak. Geram ade, lucu pun ade. Hmmm



Tu belum kira time kita sujud. Fuh! Skali die naik atas bdn tak turun-turun. Memang tidur dlm sujudlah ibunye. Kikiki. So, apa solution untuk semua masalah di atas?



Ini yang kita buat. Lain orang lain cara. Saja nak share kot-kot membantu ke. Hehe



1. Cuba solat awal waktu. Dengar je azan, cepat-cepat ambil wudhu'. Yela, takut kalau kita solat di hujung-hujung waktu, time nak solat tulah anak start merengek kaw-kaw punya. Parah gitu. Silap haribulan tak solatlah kita.



2. Minta bantuan orang lain. Kalau duduk rumah mertua bolehlah mintak tolong mak, ayah or adik bradik lain untuk tengokkan anak-anak sementara kita solat. Kalau duduk sendiri, kene gilir-gilir solat dgn suami. Kalau suami biasa solat di masjid, pesan kat suami lepas solat terus balik. Jangan melencong pegi tempat lain. Okay suami? Jgn nk cheat-cheat taw! 



3. Bagi anak leka bermain. Sebelum mula solat, letak anak kat sebelah & bagilah mainan apa yang dia suka. Toys ke, buku ke, senduk ke ape-ape jela. (Hannan suka senduk, so aku bagi die senduk.) Kekeke. Rasanya taktik paling berkesan bagi ipad/tab kot. Hahaha. Pasanglah cerita upin ipin yang durasinya lebih 5 minit. Kalau cuma 3 minit, mau dia mengamuk sbb crite dah habis before kita habis solat. 



4. Solat dengan anak. Maksudnya, solat sambil pegang anak. Dulu-dulu waktu Hannan kecik bolehlah solat sambil pegang Hannan, sekarang dah lebih 10kg berat die, tak larat dah. Haha



5. Bagi anak keselesaan. Contohnya mandikan anak & susukan siap-siap. Bila dah kenyang & dah selesa, letak anak & pergi solat. Sgt berguna untuk waktu solat yang tempohnya pendek iaitu maghrib.



6. Bawa anak-anak ke masjid. Selalu cakap nak anak-anak jadi soleh/solehah tapi tindakan ke arah tu zero. Yela, orang selalu ckp kata-kata tu satu doa. Tapi manakah hasilnya kalau doa tanpa usaha? Ewahhh! Dalam sebulan tu, dua ke tiga kali pergilah ikut suami ke masjid. Bawak anak-anak. Biasa tengok kalau mak-mak solat, anak-anak yg kecik-kecik mesti duduk belakang/tepi. Duduk diam-diam, behave je sampai maknye habis solat. See? Diorang faham je sebenarnya. Kene ajar slow-slow. Kalau degil jugak, kita ikat die kt pokok tepi masjid! Hihihi



Okay, tu je tips nak share. Semoga Syurga itu milik kita wahai mak-mak sekalian! Sekian. Semoga bermanfaat. 


Gambar Hannan masa umur 7 bulan. Kene buli dgn ayahnye suruh pakai songkok. Hihi


0 ORANG KRITIK: