Nurul Sayang Kamu: RESIPI : KUIH KERIA ANTARABANGSA (STEP BY STEP)

RESIPI : KUIH KERIA ANTARABANGSA (STEP BY STEP)



Lepas satu, satu yang viral. Sekarang tengah femes dengan kuih keria antarabangsa ataupun kuih keria sira gula merah. Dua hari lepas Nurul baru je balik dari Melaka. Bercuti 3 hari dekat Afamosa Resort. Keria Antarabangsa ni antara menu yang dah masuk dalam list siap-siap nak makan waktu kat Melaka haritu. Hehehe. Sampai dah sebenarnya depan kedai kuih keria limbungan tu tapi azabbb. Hahaha. Tengok manusia beratur enam belas kilometer panjanggg fuhhh mengucap panjang iols. Dengan anak kecik dua orang ni memang tak gigih lah nak tunggu dua tiga jam ye.



So, petang ni kita buat sendiri. Lagi best. Dapat banyak! Hehehe. Boleh buat sampai breakfast esok pagi. Hihi. Nurul share resipi Nurul olah sendiri ikut sedap anak tekak yang nak makan. Simple sangat sebenarnya macam buat kuih keria biasa tu cuma beza kat sira dia jee.


Nah resipi! Buat jangan tak buat.



Bahan-bahan :

Keledek Jingga, Gula Merah, Tepung Gandum, Gula Pasir, Sedikit air dan garam.
Nurul suka guna keledek jingga ni sebab kurang sabut-sabut so sedaplah nak kunyah. Nak guna keledek biasa pun boleh tak kisah.




Keledek kupas kulit dia and basuh bersih. Pastu rebus sampai empuk & lembut. Rebus pakai air paip jelaa sampai mendidih. Jangan rebus pakai air fresh orange pulak. Kot ye pun nak kreatif sila berpada-pada okay? Haha 



Dah siap rebus sampai lembut, toskan airnya and biarkan sejuk sekejap.
Pastu tumbuk sampai lumat. Kalau tangan penumbuk korang power, tumbuklah pakai tangan korang.



Dah lembut pastu tambahkan tepung gandum. Uli sampai sebati agak-agak senang nak bentuk and tak melekat dah okay dah tu. Sukatan pun Nurul ikut naluri keibuan je ni. Asal jadi okay dah. Faham?


Next step bentukkanlah kuih keria korang macamni. Ikutlah nak buat bentuk ape pun suka hati, korang yang nak makan. Bentuk kapal terbang ke, kapal korek ke, kapal selam ke. Nurul suka simple macamni. Stresslah aku nak fikir bentuk lain macamana. Haha.


Dah siap bentuk, kita goreng dia! Minyak penuh okay biar tenggelam.
Takyah terbalik telangkup banyak kali. Sekali dua dah cukup.


Goreng sampai kuning macamni pastu angkat. Ketepikan.
Now, ready untuk buat sira dia pulak. 


Untuk sira, campurkan gula merah, gula pasir, secubit garam dan sedikit air.
Letak garam tu sebab nak bagi rasa masin manis sikit.
Sedaaapppp!


Pastu kacaulah sampai agak-agak pekat.
Api jaga taw jangan besar sangat nanti hangus pulak.
Agak-agak nak terkucil ke time ni kau sabar jap. Tahan selagi boleh. Hihi.


Bila dah pekat baru masukkan keria tadi. Kacau laju-laju!
Setengah orang suka biarkan keria berkilat macam ni. Nampak mengancam!
Tapi, Nurul suka berkerak sikit. So, teruskan lagi menggaul sampai berkerak.


Taraaaaa! Muncul dah kerak dia! Okay siap!
Kalau mulut korang anti panas & anti lecur bolehlah terus ngappp! 


KUIH KERIA ANTARABANGSA ALA NSK. Musykil jap. Kenapa nama dia ANTARABANGSA? Bukan pakai ikan salmon pun. Haha.

Ape pun selamat mencuba!

0 ORANG KRITIK: