Assalamualaikum & hai semua!
Buat yang mengenali Nurul dari dulu sampai sekarang, mesti ada yang dah
tahu kisah jatuh bangun Nurul sepanjang 4 tahun Nurul berniaga.
Nak dipendekkan cerita, di saat kawan-kawan buat job hunting dan
mengejar panggilan interview sana sini selepas grad, Nurul pilih untuk
start berbisnes dengan apa yang ada di tangan. Dah puas hantar resume,
bila dapat panggilan kerja pulak company tak berapa "islamic friendly",
bila dapat company yang nampak okay, kena tipu pulak tak bayar gaji.
Duit habis bayar parking kat tempat kerja tapi gaji tak dapat.
Dari situlah Nurul start berbisnes, jual macam-macam. Tak usah ditanya
susah payah dahulu. Hehe. Memang struggle habis-habisan even duduk
dengan mak ayah lagi (belum kahwin masa tu).
So, Nurul mulakan
bisnes tanpa meminjam siapa-siapa. Start dengan sehelai kain perca
lebihan mak buat baju, Nurul ambil dan jahit buat bentuk bantal. Sebab
iols ni kreatif, letaklah wording dekat bantal dan namakan produk Nurul
sebagai pillowish : Pillow + Wish. Kreatif kan? Haha. Upload satu gambar
dekat facebook. Tak sangka dapat sambutan yang menggalakkan. Dalam dua
bulan lebih buat bisnes bantal tu, dapatlah untung RM2K++, Nurul guna
buat beli camera. Sebab masatu minat photography. Beli camera sebab nak
ambil gambar cantik-cantik. Duit lebih jual bantal tu lepas tolak beli
camera, ada lebih sikit beli kain untuk start bisnes baju. Terciptalah
satu lagi bisnes iaitu NSK Couture. Best taw meniaga baju, memang
masyuk. Hihi. Masa tu rajinlah join even sana sini, bukak booth dekat
banyak tempat. Sebab time tu dah gatal nak kahwin, tapi kerja takde.
Bila terdesak ni automatik kita akan all out sungguh-sungguh! Plus
rezeki nak kahwin memang lain macam banyaknya. Hasil meniaga dekat
booth-booth, dapatlah beli dua bijik peti ais. Satu kecik, satu besar
dua pintu. Kenapa peti ais?
Sebab masa tu jual cakes jugak. So,
peti ais kira asetlah. Nak letak stok cakes yang banyak. Hehe.
Kegembiraan beli peti ais hasil meniaga masa tu Ya Allah tak tahu nak
cakap. Happy sangat! Sebab nampak hasil meniaga tu.
Lepas kahwin
pulak, waktu tu pregnantkan Hannan, Nurul kena morning sickness yang
teruk. Terpaksa stop semua bisnes dekat 3 bulan macamtu. Nak dijadikan
cerita, Nurul dapat offer kerja dekat company engineering, milik suami
kepada founder Butik Telekung Siti Khadijah, Encik Amin. Rezeki anak kot
masa tu. Punyalah ramai yang datang interview, akhirnya Nurul yang
dapat. Alhamdulillah. First time merasa betul-betul kerja, company yang
Islamic, staff mesti solat jemaah, gaji dapat, bonus dapat. Memang lebih
dari syukur.
Bila Hannan lahir, Nurul decide untuk berhenti
kerja dan duduk rumah jaga Hannan. Waktu nak berhenti kerja tu, honestly
memang fikir cukup ke tidak duit belanja bulanan if dah berhenti kerja.
Ajaibnya kan, bila dah berhenti serba serbi cukup. Hebatkan perancangan
Allah ni. Memang kita ni sebenarnya kena bergantung kat dia je dalam
segala hal. Tak perlu risau sangat, memang Allah akan cukupkan.
Sebelum berhenti kerja Nurul memang dah start buat bisnes VCO D'aura.
Produk memang okay, cuma Nurul bisnes membabi buta. Takde mentor sebagai
waze untuk tunjukkan jalan. Langgar dinding, jatuh, bangun balik,
langgar dinding lagi. Makan masa dua tahun jugak untuk stabilkan bisnes
VCO D'aura ni. Sampai satu tahap, bisnes VCO dah stabil sebab orang
still cari even dah stop promote masatu, Nurul decide cari another
bisnes yang ada sistem and produk yang dah well-known.
Apa dia?
Shaklee lah. Hehe. Dengan izin Allah Nurul pun join Shaklee ni sebab dah
tertarik dengan sistem Shaklee yang bersih dan patuh syariah. Bisnes
Shaklee bisnes yang lebih mudah compared to yang lain. Dari segi ilmu
untuk berbisnes, produk Shaklee itu sendiri, bisnes management (stok dan
pengeposan), sistem reward yang menarik (cash bonus, car bonus, trip
mewah dll) semua dah cukup lengkap. Complete.
Kena tambah minat dan usaha InsyaAllah tak mustahil. Yang penting nak buat bisnes kena ada MENTOR.
Nurul dah buktikan, dalam tempoh within 5 months ONLY bersama Shaklee, dengan izin Allah Nurul dah berjaya :
✔ Jana income hampir 5 angka sebulan
✔ Rank up Senior Supervisor
✔ Skor jualan bulanan sebanyak RM30K
✔ Lahirkan leader pemegang income 4 angka
✔ Lahirkan lebih 20 orang penerima bonus
✔ Mempunyai anak didik seramai hampir 50 orang
✔ Empayar bisnes yang aktif
✔ Bakal menerima CAR BONUS (InsyaAllah next month complete)
✔ Rank up Senior Supervisor
✔ Skor jualan bulanan sebanyak RM30K
✔ Lahirkan leader pemegang income 4 angka
✔ Lahirkan lebih 20 orang penerima bonus
✔ Mempunyai anak didik seramai hampir 50 orang
✔ Empayar bisnes yang aktif
✔ Bakal menerima CAR BONUS (InsyaAllah next month complete)
Dengan pencapaian yang Nurul dah achieve hari ini, ditambah dengan
pengalaman bisnes hampir 4 tahun InsyaAllah Nurul akan bantu dan bimbing
semua anak didik Nurul sehabis baik.
Jadi, hari ini Nurul buka
peluang kepada anda semua yang berminat untuk menyertai empayar bisnes
Nurul, THE REVIVAL EMPIRE, boleh contact Nurul untuk maklumat lanjut. 10
TEMPAT SAHAJA dibuka untuk SLOT MEI 2017.
Jangan ragu-ragu memilih saya sebagai mentor bisnes anda! Kita buat sampai jadi! 💕
Sekian,
Nurul
011-26120912
Founder of THE REVIVAL EMPIRE
0 ORANG KRITIK:
Post a Comment