Nurul Sayang Kamu: 1001 KHASIAT ALFALFA

1001 KHASIAT ALFALFA


Alfalfa atau nama scientificnya "Medicago Sativa". Merupakan tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan kekacang. Secara fizikalnya Alfalfa ni dapat tumbuh setinggi 1 meter dan mempunyai bunga kecil berwarna ungu. Akarnya pula boleh menjangkau kedalam tanah sedalam 4.5 meter. Maksudnya akar lebih panjang dari batangnya. 

Alfalfa nie mempunyai keistimewaan untuk menyerap zat mineral yang jauh ke dalam tanah dan jarang ditemui di permukaan tanah, Oleh sebab itu, orang arab memberi nama tumbuhan ini sebagai "Bapa Tumbuhan" atau dalam bahasa arabnya "Alfalfa". 



Sejarah Perubatan

Selain dari keunikan sifat fizikal, Alfalfa banyak manfaat yang telah Allah jadikan untuk kegunaan manusia. Sejarah menceritakan, sejak abad ke-6, alfalfa telah digunakanoleh orang Cina untuk merawat penyakit batu karang, mual-mual dan kembung perut. 

Pada mulanya, dunia perubatan tradisional Cina sering menggunakan daun Alfalfa untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan saluran penghadaman. Kemudian dibangunkan untuk membantu membersihkan racun dalam darah atau dipanggil detoksifikasi dan rawatan keradangan sendi.

Pengamal perubatan Ayurveda di India juga mengunakan Alfalfa untuk merawat penaykit gastrik. Alfalfa juga dipercayai dapat mengurangkan gejala-gejala artritis.

Alfalfa ni kalau di luar negara biasanya dimakan batangnya, pucuknya untuk buat ulam macam ulam pegaga, dan lain-lain ulam-ulaman cambahan biji benih macam tauge untuk buat salad dan daunnya jadi teh bila dikeringkan. Kalau di China sering dijadikan ubat herba yang dijual kering atau dicampur dalam sup. 

Kandungan Nutrisi Alfalfa

Alfalfa tersenarai sebagai salah satu daripada tumbuh-tumbuhan dengan kandungan nutrisi yang tinggi. Kandungan kalsium, klorofil, karotena, dan vitamin K, yang agak tinggi, membuat alfalfa sebagai makanan tambahan yang sering digunakan untuk kegunaan manusia. 

Satu lagi kelebihan alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral yang agak lengkap.

Vitamin yang terkandung dalam alfalfa adalah:
vitamin A,
thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin(vitamin B3),
vitamin B5,
vitamin B6,
vitamin C,
vitamin K dan asid folik.

Benih Mineral, iaitu kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, tembaga, dan zink.
Daun Alfalfa adalah sumber klorofil, empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. 

Terdapat banyak kajian saintifik yang dilakukan keatas keberkesanan klorofil, seperti membersihkan badan, membentuk sel-sel darah, mengawal keseimbangan asid badan, meningkatkan ketahanan, serta penggantian sel-sel yang rosak.
 
Khasiat Alfalfa Untuk Manusia

1. Mengawal Kandungan Kolesterol Darah
Alfalfa mempunyai fungsi untuk mengawal kandungan kolestrol jahat dalam darah dengan cara mengeluarkannya terus dari badan. Insya Allah paras kolestrol dalam badan kita akan terkawal. Jadi ini dapat mengurangkan risiko untuk kita mendapat penyakit jantung. 

2. Mengatasi masalah pencernaan
Ia berkesan dalam menghapuskan masalah pencernaan yang termasuk rasa loya, ulser perut, gastrik dan senak. Ini selain, alfalfa juga boleh membantu meningkatkan selera makan. Ia juga dapat mengubati penyakit sembelit kronik kerana kandungan serat yang terdapat didalamnya.
 
3. Menyingkirkan Toksin Dari Badan 
Alfalfa mempunyai sifat ditoksifikasi. Jadi dengan pengambilan Alfalfa kita dapat membuang toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Toksin ni kebanyakannya kita ambil dalam makanan seharian kita tanpa disedari.
 
4. Menghilangkan ketagihan alkohol
Menghadapi masalah dengan ketagihan alkohol atau penagihan dadah? Adakah anda sedang mencari solusi yang lebih baik daripada ketagihan anda? Jadi, Alfalfa adalah apa yang anda perlukan. Terdapat satu fakta yang diketahui bahawa tumbuhan alfalfa boleh membantu orang yang mengalami ketagihan alkohol atau dadah. 

5. Mengurangkan gejala menopaus
Yang ni bagus untuk wanita, sebab Alfalfa juga didapati membantu mengurangkan tanda dan gejala-gejala menopaus.
 
6. Tinggi kandungan Vitamin K
Vitamin K kegunaannya ialah macam pengalak pembekuan darah. Jadi jika kita ada luka ataupun pendarahan tu cepatlah luka tu sembuh. 

7. Dapat melegakan asma
Sebenarnya orang dahulu kala telah mengunakan Alfalfa untuk memberi bantuan kepada orang yang mengidap asma dan lain-lain penyakit pernafasan. Menurut kajian, klorofil yang terdapat didalam Alfalfa dapat membantu mengatasi masalah ini. 

8. Mengurangkan risiko kanser 
Kebolehan Alfalfa ini mungkin sukar untuk dipercayai, ia boleh membantu mengurangkan risiko berlakunya kanser.Ini adalah kerana kandungan asid amino dipanggil canavanine yang dapat mengawal pertumbuhan sel rosak. Alfalfa juga mempunyai kebolehan yang terbukti untuk mengikat karsinogen* dalam sel usus. 

9. Sifat diuretik*
Alfalfa adalah diuretik, selain dapat meningkatkan metabolisma badan ia juga membantu dalam pencegahan penyakit buah pinggang dan mengalakkan penghasilan urin. Sifatnya yang diuretik ini juga membantu dalam pencegahan berlakunya jangkitan salur kencing atau kencing berdarah. 

10. Untuk merawat Anemia*
Alfalfa telah dikenali untuk menjadi sangat berguna dalam rawatan anemia.
Begitulah khasiat alfalfa, raja segala tumbuhan ini. Tentu semua tengah pikir mana nak cari alfalfa ni kan?


Sekarang dah mudah, dah ada Shaklee Alfalfa Complex dalam bentuk tablet pun.

Kalau anda berminat nak cuba sendiri ALFALFA COMPLEX SHAKLEE, boleh terus contact Nurul di talian, 011-26120912.

Postage setiap dan penghantaran percuma sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Dengkil.

Sekian. Semoga bermanfaat. 🍀

Nurul Shaklee
011-26120912
Pengedar sah Shaklee Cyberjaya, Putrajaya dan Dengkil

0 ORANG KRITIK: