Nurul Sayang Kamu: Kite belanje awak, nanti awak belanje kite balik yea?

Kite belanje awak, nanti awak belanje kite balik yea?


Assalamualaikum. Hey laling semua! ;) Hope semua sihat lagi gembira lah! ;p Kan last week I pergi UKM kannn, kannn? Ke ade yang tak tahu. Oh, takpelah kalau tak tahu. Ni I nak mengkaborkan lagi skali lah, last week I pergi UKM. Sampai UKM Sabtu pagi dalam pukul 9 camtu, fuhh! Perjalanan dari rumah ke UKM tue dah macam dari Lebuhraya Kesas ke Singapore je. Hik3. Jauh benau!


Sebab dah janji pergi UKM nak dating. Bukan sebab lain. Satu sebab je. Nak dating. Dating dengan sape? Eeeee, sibuk je nak taw. Yang penting dengan oranglah, bukan cipanzi kat UKM tuh! *Monyet UKM dah bertukar jadi cipanzi, bagus! Sihat walafiat semuanya. Anjing tetap bertapa dengan megahnya, yang terbaru ade kolej kene serang dengan kambing, ke kerbau? Next month kalau datang UKM kene bawak orang kampung skali lah, ajak diorang tengok haiwan-haiwan tuh. free. Takyah sponsor bas mahal-mahal pergi rombongan ke zoo. Eheee ;) masalahnye ade ke yang nak dtg tgk?*


Dah dah, patah balik cite asal. Haa, pasal dating tu. Dah plan lame dah nak ngedate. Dalam 2 minggu camtuh. Last-last jadi! Alhamdulillah, sebab dah janji nak belanja “dia-orang” makan. *sebab time tuh dah gaji. Hehe ;) seronoknye weyyhh pegang duit hasil titik peluh sendiri. Sumpah! Berbaloi!*


“Saya & Dia-orang “ Berdiri baju hijau tuh kakak anis, paling tua sekali tapi tak tua sangatlah. Berdiri tudung brown tuh faten, dia nak cari lelaki nama Ahmad Dhani macam cerita Cinta Buta tuh *lemak-lemak si jantung pisang, lemak lagi jantung hatiku..ahaha*, Yang depan pulak ayu-ayu bertudung hitam, lagi ayu adik seorang..hehe ;) Yang tengah tuh ain, taken! Tepi ain berbeg grey tue syu, also taken! Hiii! Sebelah kanan ain pulak tak sempat nak TAKEN-TAKEN, ahaha..Whateverlah!



Dia-orang dan pasangan masing-masing di belakang dia-orang. *eh, kenapa psngnku perempuan?* OKeh-okeh, tak. Pasangan masing-masing tinggal dekat rumah jaga anak-anak.



Muka semua blakon je nih. Berlakon gaya “sedang rancak bercerita”.



. Nampak rama-rama polka dot tak? Ade gunanye I letak kat situ. Tercekci pulak. Tutup-tutup, malu-malu. Marah bibik dekat rumah. Bibik pesan jangan cekci sgt. Eheee ;)



Gembire je semua orang. Dapat makan free. Saya je tak gembira sebab saya kene bayar. Tapi buat-buatlah gembira. Nanti dia-orang cakap saya tak ikelas pulak. Eh, ikelas taw! ;)



Syu dah nak terlelap. Tapi sempat bagi pose istimewa. Thanx mek! Tengok kakak Anis tuh, semangat nyee die. Ala-ala cakpung cakpung! ;)



Masa makan! Oh, jangan pandang belakang kitorang. Ade couple tengah memulakan aksi bermanja-manja. Ish, nak je suruh Abg Pizza pasang lagu Kalau Berpacaran. Boleh pandang-pandang. Jangan pegang-pegang. Tapi laki tuh dah pegang-pegang. Ahaa.



Apakah makna kegembiraan pada diri anda? Adakah baju yang anda pakai? Atau kereta yang anda naiki? Senyuman yang meleret di samping makanan yang terhidang?





Banyak lagilah gambar. Penat nak letak caption. ;(






Oh, lupe pulak. Lepas dah makan tuh, pergi tengok wayang.


Citer Hantu Kak Limah Balik Rumah. 5 BINTANG! Sakitlah perut gelak. Congratslah Mamat Khalid.




Lepas dah tengok wayang, pergi shopping, cari souvenir untuk family dan kaum kerabat. *Echehh, macamlah pergi ke Bandung, Mines je kott. Hihi*


Barbie pun adeee.. Mak cakap tak boleh bawak anak patung masuk dalam rumah, nanti malaikat tak masuk.



Satu je paling saya berkenan. Unik ah benda nih!

Mangkuk tandas nih. Comel pun comel. Unik pun Unik. Sebab, bile korang bukak je penutup mangkuk tandas tuh, automatik air akan terpancut keluar. Haiisshooo! First time saya bukak, abes basah baju =_=. Apelagi, saya pun kenekan mereka-mereka yang lain. Bagus untuk pasangan kekasih. Ahaha, kalau laki U gatal ke miang ke, U bagi je die mangkuk tandas nih. Pastu terangkanlah cara-cara nak guna. Contohnya: Mesti, wajib dan harus dihalakan betul-betul di depan muka anda untuk lihat magik! Hee ;)




Pastu kami pun balik dengan gembira. Sewa bot, faten bayar. Thanx faten! ;)


Oke. Best kan cerita saya nie? Dah kott, tu je nak share. Nanti kalau dia-orang punye JPA, ptptn dah masuk, saya nak pawww dia-orang cukup-cukup. Agak-agak nak mintak ape yea?

p/s: penatlah kerje. nak kawen pastu jadi surirumah. goyang kaki je. boleh tak?

Oh, lupe nak wish Selamat Pengantin Baru dekat Dr. Afiq, YDP Jaksa KTDI. mcm tak percaye je dah kawen ;) congratssslah! comel oh wife u! ;)


2 ORANG KRITIK:

Nour Akmal said...

dak banting ek?
sme la..
blaja pn berjiran gak..=)

N U R U L said...

akmal: a'ah, orang banting. Heee ;)